Friday, November 1, 2013

Hyperhidrosis Part I

Assalamualaikum..

Mood nak bercerita dah sampai dah ni.. cerita yg telah direka berdasarkan kisah benar..

Setiap kali hendak ke sekolah, Alia akan memastikan fikirannya tenang dan tiada satu barang pun yang dipegang.. bagi dia biarlah semuanya disumbat ke dalam beg kerana memegang barang terlalu lama akan membuatkan tangan dia berpeluh.. kehidupan sebagai salah seorang penghidap Hyperhidrosis membuatkan dia sentiasa berusaha untuk bersikap matang dan tenang.. Alia tak boleh berada dalam keadaan cemas, kelam kabut, nervous, ketakutan, etc sebab ia akan membuatkan Alia berpeluh berlebihan walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin.. situasi ini akan membuatkan Alia tak selesa lebih lebih lagi apabila kerja yang dilakukan melibatkan kertas.. peluh yang berlebihan akan membuatkan kertas tu basah..

 "Argghhh stress aku macam ni, penat aku buat kemas kemas, last last comot jugak.. dalam bilik yang sejuk macam ni pun peluh ni nak keluar, isyhh tak paham betul lah aku!".. Alia menggumpal kertas itu sambil tangannya yang basah dilapkan pada kertas itu.. 

situasi sebegini sering terjadi pada Alia tetapi sehingga ke hari ini, Alia masih belum boleh biasakan diri dengan keadaan itu.. Alia juga sentiasa cuba untuk mengelak dari bersalaman dengan sesiapa sahaja ketika tangannya sedang berpeluh tanpa sebab.. 

"eee tangan basah!", "kenapa tangan kau basah?", "tak nak salam, tangan kau basah", "tangan kau berpeluh ke?".. 

ayat seperti ini selalu ditujukan kepada Alia.. walaupun sudah lali tetapi dia pasti akan berkecil hati dan tersentap setiap kali ayat itu ditujukan kepada dia.. lagi sedih apabila dia melihat orang yang disalamnya itu mengesat tangannya pada baju atau tisu selepas bersalaman.. oleh itu, setiap kali hendak bersalaman, Alia pasti akan mengelap tangannya terlebih dahulu walaupun dia tahu ianya sia sia kerana peluh itu hanya berhenti tak sampai seminit dan akan keluar semula.. peluh yang keluar itu tidak boleh dijangka, juga tidak boleh ditangani.. Alia hanya mampu berusaha untuk mengelak daripada penyakitnya diketahui orang ramai.. 

p/s : takde orang yang minta dapat penyakit macam ni.. pada sesiapa yang normal, jangan lah merendahkan pesakit Hyperhidrosis ni, dorang pun nak hidup macam biasa, ada hati dan perasaan.. kita tak tahu apa yang dorang rasa melainkan kita sendiri yang lalui semua tu..

2 comments:

Liza Licha [Reply to comment]

hii.. know what? i have this problem. licha tapak tangan & kaki berpeluh. so mmg ada tissue sentiasa dlm bag. kdg2 mg sengaja xnk salam orang. sbb this kind of problem lah. haha. takpun ckp siap2 "ok, sorry tangan i peluh". bagi option. haha

siti hajar [Reply to comment]

ye ke? tp kdg2 ade yg malu nk ckp tgn dia berpeluh. lg suke sorok.. tisu tu mmg kne sntiase ade.. :)