Monday, November 4, 2013

Hyperhidrosis Part II

Assalamualaikum..

Balik pada topik sebelum ni iaitu Hyperhidrosis.. Contoh dalam entry lepas pasal tangan.. kali ni, pasal badan dan kaki.. 

Alia merupakan seorang yang suka berpakaian gelap.. bagi Alia, pakaian yg gelap boleh cover baju yg basah disebabkan peluh.. Alia tidak suka keadaan yg panas walaupun sekejap dan sedikit.. bagi orang yg normal, mereka merasa panas tapi peluh masih boleh dikawal.. tapi tidak bagi Alia.. peluh pasti akan keluar dengan banyak dalam keadaan panas yg agak lama dan kurang sedikit jika keadaan panas itu tidak lama.. lebih lebih lagi jika yg berpeluh itu dibahagian ketiak.. Alia seorang perempuan, sangat memalukan bila orang nampak baju basah setompok di bahagian ketiak.. Deodorant tidak berkesan untuk Alia, jika dipakai banyak mana sekalipun, peluh itu tetap akan keluar.. sebagai langkah berjaga jaga supaya peluh yg kelihatan tidak keterlaluan, Alia akan memakai baju tambahan di dalam atau di luar..

Selain itu, kaki yg berpeluh membuatkan Alia tak selesa.. dia akan memastikan stoking yg digunakan dibasuh dengan kerap.. begitu juga kasut terutamanya kasut yg bertutup, atau sandal, peluh yg keluar kadang kala meninggalkan kotoran hitam yg kelihatan seperti daki dan mengeluarkan bau yg busuk.. Alia akan sentiasa membasuh kaki dan kasutnya untuk mengelakkan bau yg busuk dan supaya sentiasa bersih..

p/s : life penghidap Hyperhidrosis nampak macam normal. in fact, dorang kena sentiasa teliti dalam setiap perbuatan, pemakaian, dan juga pemakanan untuk tampil seperti insan normal yg lain.

No comments: