Wednesday, July 22, 2015

Dr Mahathir bintangi filem Kapsul

Assalamualaikum..

Apa? Dr Mahathir berlakon? Like seriously?

Artikel yang bagi aku agak menarik untuk dibaca ni aku jumpa kat website astro awani



 Rakyat Malaysia sudah biasa melihat Tun Mahathir Mohamad di pentas, berhujah dan berucap tentang pelbagai isu. Tetapi tidak lama lagi, kita dapat melihat satu sisi lain bekas Perdana Menteri itu yang melibatkan bakat lakonannya yang sudah lama terpendam. Terbaru, Dr Mahathir tampil membuat kemunculan khas dalam filem berjudul Kapsul yang bakal menemui penonton 17 September depan. Filem terbitan Two Tones Sdn.Bhd. ini menyaksikan Dr Mahathir terbabit dalam lima babak termasuk babak bersama pelakon utamanya, Faizal Hussein. Ia diarahkan oleh Martias Mohd Ali dan menampilkan Faizal Hussein dan Jue Aziz. Filem ini berkisarkan kisah kapsul Wawasan 2020 yang ditanam Dr Mahathir semasa era pentadbirannya.
Btw, bagi siapa yang nak tengok trailer filem kapsul ni, korang boleh cari kat youtube. 


No comments: