Tuesday, November 5, 2013

Penjagaan Contact Lens

Assalamualaikum....

pakai contact lens warna brown.. *amek gambar kat fb, senang segala urusan.. :)

Ramai cakap pakai contact lens bahaya lah, buat mata rosak lah, bla bla bla... aku salah seorang yg sangat suka pakai contact lens and selalu merayap ke kedai cermin mata with my friend untuk survey contact lens.. ada orang cakap pakai contact lens boleh kurangkan power.. so, untuk memastikan kesahihannya, aku buat lah research (cehh macam good good je) pasal rabun jauh memandangkan contact lens biasa dipakai oleh orang2 yg ada masalah rabun jauh.. 

Rabun jauh biasanya terjadi sewaktu kita sedang meningkat usia.. pembesaran atau peninggian tubuh badan menyebabkan bebola mata menjadi panjang.. so, bila eyeball panjang dari yg asal, kedudukan retina akan berubah mengikut saiz eyeball.. then, images or lights yg masuk dalam mata focused in front of retina.. 

Untuk menjawab soalan tadi, betul ke tak contact lens boleh kurangkan rabun.. actually, betul tapi just sekejap je.. maybe contact lens yg kita pakai tu meratakan sikit kornea yg dah berubah disebabkan pembesaran tadi and power mata kita jadi berkurang.. sebab images or lights yg masuk dalam mata fokus betul betul kat retina.. tapi ianya tak lama.. bila kornea mata kita tu balik pada yg asal means sebelum kita pakai contact lens, power kita akan sama macam biasa.. ok..

collection aku setakat ni.. aku suka pakai untuk 3 bulan punya.. and pakai solution re-nu.. yg hello kitty tu bekas contact lens, saje nak tunjuk2.. haha...

Tips menjaga contact lens :
  1. Pastikan masa nak pakai and bukak contact lens, tangan mesti bersih..
  2. Rajin basuh contact lens, kalau boleh lepas pakai terus basuh.. tapi kalau malas or penat sangat, at least dua hari sekali (jangan amalkan).. jangan pakai air biasa..
  3. Beli solutions yg multipurpose means boleh guna untuk cuci and simpan contact lens.. senang sikit..
  4. Basuh bekas contact lens supaya sentiasa bersih, jangan pakai air biasa.
  5. Jangan pakai masa tidur ! Amaran keras !
  6. Elakkan duduk lama lama dekat tempat yg ada "air cond" sebab nanti contact lens cepat kering.. kalau nak jugak duduk kat "air cond" tu, make sure ada eye drop khas utk contact lens..
  7. Jangan suka gosok or tenyeh mata sebab takut contact lens calar or koyak.
  8. Jangan menangis bila dah pakai contact lens. (baru tahu)
Kalau rasa mata macam gatal, pedih or merah merah masa pakai contact lens tu, bukak je laa.. jangan nak rosakkan mata dibiarkan je macam tu.. one more thing, mohon jangan pakai contact lens yg dah expired ! 

p/s : pada siapa yg mata sihat tu, jagalah baik baik ye.. :)

No comments: