Friday, November 1, 2013

Hyperhidrosis Part I

Assalamualaikum..

Mood nak bercerita dah sampai dah ni.. cerita yg telah direka berdasarkan kisah benar..

Setiap kali hendak ke sekolah, Alia akan memastikan fikirannya tenang dan tiada satu barang pun yang dipegang.. bagi dia biarlah semuanya disumbat ke dalam beg kerana memegang barang terlalu lama akan membuatkan tangan dia berpeluh.. kehidupan sebagai salah seorang penghidap Hyperhidrosis membuatkan dia sentiasa berusaha untuk bersikap matang dan tenang.. Alia tak boleh berada dalam keadaan cemas, kelam kabut, nervous, ketakutan, etc sebab ia akan membuatkan Alia berpeluh berlebihan walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin.. situasi ini akan membuatkan Alia tak selesa lebih lebih lagi apabila kerja yang dilakukan melibatkan kertas.. peluh yang berlebihan akan membuatkan kertas tu basah..

 "Argghhh stress aku macam ni, penat aku buat kemas kemas, last last comot jugak.. dalam bilik yang sejuk macam ni pun peluh ni nak keluar, isyhh tak paham betul lah aku!".. Alia menggumpal kertas itu sambil tangannya yang basah dilapkan pada kertas itu.. 

situasi sebegini sering terjadi pada Alia tetapi sehingga ke hari ini, Alia masih belum boleh biasakan diri dengan keadaan itu.. Alia juga sentiasa cuba untuk mengelak dari bersalaman dengan sesiapa sahaja ketika tangannya sedang berpeluh tanpa sebab.. 

"eee tangan basah!", "kenapa tangan kau basah?", "tak nak salam, tangan kau basah", "tangan kau berpeluh ke?".. 

ayat seperti ini selalu ditujukan kepada Alia.. walaupun sudah lali tetapi dia pasti akan berkecil hati dan tersentap setiap kali ayat itu ditujukan kepada dia.. lagi sedih apabila dia melihat orang yang disalamnya itu mengesat tangannya pada baju atau tisu selepas bersalaman.. oleh itu, setiap kali hendak bersalaman, Alia pasti akan mengelap tangannya terlebih dahulu walaupun dia tahu ianya sia sia kerana peluh itu hanya berhenti tak sampai seminit dan akan keluar semula.. peluh yang keluar itu tidak boleh dijangka, juga tidak boleh ditangani.. Alia hanya mampu berusaha untuk mengelak daripada penyakitnya diketahui orang ramai.. 

p/s : takde orang yang minta dapat penyakit macam ni.. pada sesiapa yang normal, jangan lah merendahkan pesakit Hyperhidrosis ni, dorang pun nak hidup macam biasa, ada hati dan perasaan.. kita tak tahu apa yang dorang rasa melainkan kita sendiri yang lalui semua tu..

Thursday, October 24, 2013

Mini Giveaway By Nabila Medan

Assalamualaikum.....

Pepagi buta macam ni, macam biasalah facebook and twitter dah slow sebab ramai dah tidur.. aku? well, sepanjang cuti sem ni, memang aku akan bertukar jadi burung hantu.. hekhek.. so, bila mata masih tak nak tidur, blogwalking lah kejap.. then, terjumpa entry pasal mini giveaway kat blog http://www.kisahemasputih.com ni..


CLICK BANNER!!

Actually ni 1st time aku join giveaway ni.. and bila baca tang hadiah tu, aku terkesima jap.. terus aku google produk MaryKay ni.. hahaha.. nampak tak aku ni ketinggalan sikit.. err sikit ke? aku tahu MaryKay ni ada barang make up je tu pun tak berapa nak confirm.. hukhuk.. so disebabkan syarat nya pun simple je, why not aku try kan.. ade rezeki ke takde, tu belakang kira.. kalau ada, alhamdulillah.. kalau takde, try yang lain plak (cehhh, dalam hati teringin nak produk MaryKay ni sbnrnya).. ehemm, btw, sebagai seorang yang agak ketinggalan "sikit" ni, aku berharap jugak lah dapat try produk ni.. plus, orang cakap mask sheisedo tu bagus, teringin lah nak try jugak kan.. dapat salah satu daripada hadiah tu pun jadilah.. ngee~ jom lah reramai join.. click banner tu tau kalau nak tahu syaratnya.. so, wish me luck and good luck too ! ^_^
XOXO  

Lumrah kehidupan, ada pahit ada manis.

Assalamulaikum....

Kenangan. Satu perkataan yang memberi 1001 emosi dan perasaan.. Bergantung pada sejauh mana pandangan seseorang terhadap kenangan tu.. adakah manis atau pun pahit?


Dalam kehidupan, semua orang pasti akan mempunyai kenangan.. sama ada kenangan yang ingin dikenang atau pun kenangan yang ingin dihapuskan.. Kenangan pahit.. sesuatu yang sangat dibenci dan semestinya tak ingin diingati lagi.. ia boleh buat seseorang hidup dalam ketakutan, kebencian, kesepian, etc.. "what happened yesterday, makes you stronger tomorrow."  pegang ayat ni.. err copp ! dah kenapa ayat aku skema sangat ni.. -.-' anyway, dalam hidup ni, tak semua yang kita nak, yang kita bayangkan, yang kita rancang, kita akan dapat.. "manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan".. apa yang terjadi semalam and kelmarin, jadikan ia sebagai pengajaran.. apa yang jadi mesti ada hikmahnya.. kalau orang buat kita sakit hati, belajarlah memaafkan.. jangan berdendam.. sentiasa ingat, Allah Maha Adil.. tapi kalau kita yang buat orang sakit hati, janganlah ego and sombong sangat, pergilah mintak maaf ye.. ^_^ but sometimes, bila orang buat kita sakit hati, mostly akan terdetik kat kepala "aku harap satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa".. haa tu aku pun pernah.. and bila dipikirkan secara matang, biarkan lah dia.. apa yang nak jadi kat dia, tu dia punya hal.. kita tak payah sibuk pikir macam mana nak balas dendam.. yang kita kena pikir, macam mana nak hadapi hari hari yang seterusnya dengan senyuman.. kekadang, manusia ni pelik, orang senyum pun nak dijadikan masalah..  ade je yang tak puas hati.. well, haters will always gonna be hater.. so, let them be.. kita just moving on je, kejar impian kita.. forget the past..


Kenangan manis. It's awesome.. semua orang tak nak lupa kenangan manis and suka tersenyum sorang sorang bila diimbas kembali kenangan tu.. rasa macam "wahh indahnya dunia..." eee over je tauu.. 
hm semua orang berhak rasa kenangan manis tu, jangan lah kita duduk je dalam dunia kita sendiri tak bercampur dengan orang disebabkan kejadian masa lampau sampai kenangan manis pun kita takde.. kalau kita boleh pilih jalan hidup kita, mesti kita nak yang happy happy je kan.. so why not kita create sendiri kebahagiaan tu.. jangan terus dibayangi masa lampau.. ok.

XOXO

Friday, October 18, 2013

Make up menambah keyakinan diri.

Assalamualaikum.....

kelass gitu kau mak jah punya tajuk entry.. hekhek.. actually nak bagitahu yang aku tengah belajar make up.. excited taww... ngee~ bila suruh belajar nak exam, ngantuk lah, sakit kepala lah, penat lah, macam macam.. tapi bila belajar benda benda macam ni bukan main excited lagi.. well~ jiwa remaja... haha..

sengaja di"kelabu"kan gambarnya sebab eyeshadow tak jadi.. hahaha... tu yang muka tak puas hati.. hekhek
So, nak dipanjangkan cerita, ramai yang cakap orang yang make up ni tak yakin dengan natural beauty.. but u know what, sometimes mulut and hati orang kita tak boleh agak.. contohlah kan, muka kita tak bersih then orang keep talking benda buruk pasal muka kita, tu semua boleh buat kita malu and tak confident nak bersosial means bercampur dengan society.. tak best lah macam tu kan.. so somehow,bila kita make up kita akan rasa diri kita nampak macam super beautiful and gorgeous.. hahh kelas kau jah.. haha.. tapi nak make up tu pun beragaklah, jangan lah sampai tebal mengalahkan pengantin pulak... -.-'

Kalau kulit muka tu dah ok, it's better if kita make up time ada event je.. untuk hari yang biasa (daily), cukuplah setakat bb cream or foundation sikit (UV protection purpose) and bedak.. biarlah orang nampak natural beauty kita tu, nanti takde lah orang cakap kita ni over pulak..

simple like THIS......

and THIS !

ok dahh... jangan tengok lama lama.. (cehh takde sape pun nak tengok lelama)..... actually setiap kali nak pergi kelas, macam ni jelah muka nya.... eee takde masa kak jah nak duduk depan cermin lama lama semata mata nak make up, waste my time, baik i tidur tauuu... (annoying gilerr) -.-'
fyi, aku dah biasa just pakai foundation and bedak je sebab bagi aku, tu dah cukup nak cover muka yang selalu tak bermaya ni (tapi tak mampu cover eye bag).. kalau tak pakai apa apa rasa macam tak nak pergi kelas sebab rasa muka selebet yang amat dahsyat.. haha.. okbye.......
XOXO

Wednesday, October 16, 2013

Indoor exercises untuk buang lemak.

Assalamualaikum..

macam tak percaya aku akan buat entry pasal exercise ni.. hukhuk
but well, semua orang pun berhak tambah ilmu di dada kan. acecehh cakap lagak professional je.. hee~
majority perempuan suka diet sebab rasa diri macam gemuk lah, kaki besar lah (cakap slow slow), bla bla bla... and majority tu jugak lah suka amalkan diet tak seimbang..
instead of kita tahan lapar tak makan nasi, why not kita jadikan exercise sebagai rutin harian?
semua orang mesti tahu kan, nasi tulah yang bagi kita tenaga..
kita makan je nasi macam biasa but kuantiti tu pun kurangkan lah jugak kan..
kalau kita nak sesuatu, kita mesti work hard, mesti disiplin..
hahh, tu kena pandai motivasi diri sendiri lah..
ok, aku ada buat research (macam good good je) exercises yang boleh kita amalkan untuk buang lemak.
senang je, boleh buat dalam rumah.. kalau ada yang rasa macam malu nak exercise kat luar, buat
je kat rumah.. but remember, discipline !!


1. Burpees with push up - burpees ni wajib jadi exercise kegemaran korang ! why? because burpees ni memerlukan movement body korang dari atas sampai bawah.. so, based on research, burpees burn up to 50% more fat than other exercises.. hahh seronok kan? mestilahh... for beginners, masa korang nak bawak kaki ke belakang tu, bawak satu satu.. contohnya, bawak sebelah kiri dulu then baru sebelah kanan.. pastu nak ke depan pun satu satu jugak.. kalau dah biasa buat, baru lah korang boleh bawak kaki tu serentak ke belakang and serentak ke depan dan dalam keadaan squat. 



   2. Plank jumps - Dalam keadaan push up (kiri), korang lompat ke kedudukan squat (kanan), then lompat balik ke kedudukan push up. ulang steps yang sama at least 10 kali. setiap in and out, kira 1 ok..


Yang ni pun kategori plank jumps jugak.. bezanya, yang tadi in and out.. yang ni open and close..
dalam keadaan push up (kaki rapat), korang lompat biar kaki tu terbukak macam dalam gambar
yang bawah tu.. ulang steps yang sama, setiap open and close kira 1 jugak.. these planks memang
burn calories but the primary purposes is actually to strengthen our midsection.. midsection means the
middle part of human body such as stomach and the middle of human's back.. so, plank jumps
ni membantu kita untuk reduce back pain and also improve posture.. 


3. Standing knee to elbow - letak tangan kat belakang kepala macam gambar yg kiri tu, then angkat
sebelah kaki and sentuhkan ke siku tangan yg berlawanan. Contohnya, angkat kaki kiri sentuhkan 
dengan siku tangan kanan macam dalam gambar sebelah kanan tu.. simple, right? 


4. Wall sit - exercise ni memang nampak simple tapi memang terasa betul kat bahagian paha tu...
tak percaya? try la buat.. just imagine that korang tengah duduk atas kerusi and bersandar.. pastikan
dalam keadaan squat, means kaki tu terbukak sikit.. jangan kecik sangat bukak nya tu, sedang sedang
ok.. and kalau boleh kaki tu biar 90 darjah macam dalam gambar tu.. tahan dalam posisi macam tu
selama mana yang boleh.. kalau rasa macam kaki dah menggigil tu, bangun je lah.. jangan dipaksa..


5. Sumo squat - This is the best exercise ever in my life.. sangat suka buat ni sebab sangat senang..
and result nya pun puas hati (if rajin buat lah).. this squat focuses on our inner and outer thighs.. hahh dah terang terang statement tu fokus kat paha.. it's simple, just berdiri dengan kaki terbuka besar sikit, then turunkan badan ke bawah dengan lutut ditolak 90 darjah ke bawah and berada dalam keadaan 
kaki terbukak luas.. sila tengok gambar di atas dan bayangkan.. 


6. Scissor exercise - first, baring macam biasa tangan kat tepi.. then, angkat sikit kedua dua belah kaki (pastikan tegak) and angkat pulak sebelah kaki bagi tinggi sikit macam dalam gambar.. pastu turunkan ke posisi asal and angkat sebelah kaki pulak.. ulang steps yang sama, bayangkan macam mana pergerakan gunting masa kita tengah gunting something.. macam tulah movement kaki untuk scissor exercise ni.. buat dalam 2 to 3 minutes ok.. kalau boleh sampai 5 minutes and it can greatly reduce thighs..

so far so good? kalau rajin, skipping lah sekali.. because skipping exercise is one of the cheapest and fat burning workout that easier to do.. plus, it's fun... masa kecik kecik dulu pun mesti suka skipping kan..
indoor exercises ni memang nampak senang tapi kalau betul betul buat semua ni boleh berpeluh macam orang berjogging.. and safety pun penting.. be careful, jangan sampai tercedera kat bahagian dalam.. aku pun baru je belajar benda ni but sharing is caring kan.. why not kita share something yang berguna untuk orang lain.. so, have a nice day and good luck ! ^_^
XOXO

*sumber gambar : google image
*sorry if gambar tak clear

Friday, October 11, 2013

Ray Ban kesukaan ramai.

Assalamualaikum..
hey heyy... lamanya tak update blog.. memang tu jelah ayat yang aku selalu guna bila buat entry baru..
reason? sebab aku jarang jarang update blog. jarang jarang, OK.. 
macam pemalas sangat je kan..
Actually, aku takde point nak menyanyah kat blog ni..
and aku rasa life aku takde lah "woww" sangat kalau nak cerita kat orang pun.
life denn ni biaso biaso jo.


hahh, korang rasa tak yang sunglass ni superb cool??
siapa yang rasa "errr, tak cool langsung pun"... please, don't say any word.
siapa yang rasa "woww cool gilerrrr"... please, buat muka teruja, snap and masuk instagram..
hekhek.. mengarut pulak aku ni....
ok, back to our topic.. 
Ray Ban ni sekarang tengah trending taw... siapa siapa pun kalau pakai ni, mesti cool and smart habiss..
percaya la cakap aku.. try la beli satu and pakai buat round satu taman. 
mesti semua orang pandang kau dan...
*dalam hati "eee budak ni macam bagus je pakai cermin mata hitam tu".. hekhek..


pehh pehhh aku dah tergila gilakan sunglass ni.. tapi apakan daya... wang takde...
ohmaiiiii.... sedih tahap cipan dah ni sekarang...
takpe takpe, sunglass ni aku dah masukkan dalam wishlist aku... hihi
akan aku beli juga satu hari nanti.... harga dia? takde la mahal sangat pun..
adalahh RM120++..
bagi student macam aku ni, harga tu memang murah... *murah lah sangat kan. -.-'
tapi tak kira, aku nak jugak.. satu hari nanti kalau aku dah dapat, aku ambik gambar then
masuk dalam blog ni ok.. *mata bling bling.
one more thing, aku suka sangat cermin mata hitam ni salah satu nya sebab....
ianya pelengkap imej... hohoho
sejak bila pulak aku ni sibuk nak pikir imej bagai kan.. hikhik
sejak bila tu biar lah sendiri yang tahu... the important is, Ray Ban sunglasses memang 
superb cool and smart... nampak sexy jugak.. ngee~ *muka gedik
XOXO

Tuesday, June 25, 2013

terasa?

Assalamualaikum.....
kali ni aku tulis entry ni dengan penuh emosi... cehh cehh
nak komen? silakan.......
tak puas hati? ada aku kisah......
terasa? maafkan saya........ =.='
ehh terasa?? normal people mesti pernah "terasa".
sometimes mulut memang tak sengaja tapi sometimes mulut memang sengaja nak 
buat orang terasa..
tapi kena ingat, bukan mulut je yang boleh buat orang terasa.
apa yang kita buat, apa yang kita tulis, ada je probability untuk orang terasa.
memang la kan, kita manusia biasa yang tak boleh lari dari buat salah.
tapi kita masih ada hati dan perasaan yang membolehkan kita fikir sama ada
apa yang kita buat tu betul atau tak, orang suka ke tak kan.
takkan kau sikit pun tak perasan orang tak suka apa yang kau buat tu..
tipulah kan.. dari mimik muka kau patutnya dah boleh detect apa yg ada dalam kepala dia.
kalau tak boleh jugak nak detect, tak tahu lah nak cakap apa..
cuba bayangkan kalau orang buat kita terasa and he/she keep doing it tanpa 
pikir kita terasa ke tak, mesti panas je hati kan.
so, boleh pikir sendiri lah kan kalau kita buat orang macam tu..
pastu bila dah tak tahan, mula lah orang tak nak rapat dengan kita lagi..
and gotchaa !! time tu lah kita akan duk pikir apa salah kita kat dorang..
tapi jangan lah pulak pikir apa masalah dorang or apa kejam sangat dorang
tak nak kawan dengan kita....
sampai nak ngadu ngadu kat orang lain, nangis nangis bagai......
erghh please stop it !
orang takkan lari dari kita kalau takde something wrong, right? huh
aku ni bukanlah baik sangat and of course, aku pun selalu buat orang terasa..
tapi kalau nak salahkan orang lain, pikir dulu kita ada buat salah tak.
jangan rasa diri kita baik sangat.. jangan rasa diri kita bagus sangat.
kalau kita baik, takkan lah orang tak suka. hm
entry ni tak tujukan kat sape2 pun, just sebagai teguran dan nasihat untuk diri sendiri jugak
 tapi kalau ada yg terasa, dahku menyusun 10 jari memohon maaf.
maaf zahir dan batin. selamat hari raya... 
ehh? tetibe je nak raya.... ^_^