Saturday, August 29, 2015

Aidil Adha Giveaway by Dyana Hassan

Assalamualaikum..

Korang nak baju kurung saloma untuk Aidil Adha nanti tak? Kalau nak, jom join giveaway ni.

Ni hadiah dia...


1x Kurung Saloma Dusty Pink
1x Kurung Saloma Coklat Mustard
1x Kurung Saloma Hijau

Untuk memenuhi syarat-syarat giveaway yang diberikan. aku nak list kan sebab-sebab blog Dyana Hassan berbaloi untuk di follow:-

1. Banyak product review, so aku boleh buat rujukan sebelum beli product tu.
2. Ada update pasal running man, in case ada latest episode yg aku terlepas.
3. Entry yang santai dan mesra untuk dibaca. 

5 kawan blogger (random tag) - Nurul Atikah , Sharina Elyana , Fadzi Razak , Mirza Syazwina , Anil Wanina

Good Luck!

Friday, August 28, 2015

Sketch Picture from Eintan Nurfuzie

Assalamualaikum..

Yeayy dah dapat my sketch picture dari Cik En. Haritu aku ada join Giveaway Sketch Picture by Eintan Nurfuzie and tadaaaaaa... 




Inilah hasilnya.. tengok sekali macam cantik, tengok dua kali macam makin cantik, tengok banyak kali memang cantik sangat pun. Hahaha! rasa macam tak puas tengok gambar ni even tu muka sendiri. kihkih. Btw, sesiapa yang nak gambar dia di sketch jugak, boleh cari Cik En kat sini Eintan Nurfuzie . Thanks again Cik En! Much love from me.. :)

Seronok Earning Nuffnang Bertambah

Assalamualaikum..




Seronok kan bila bukak nuffnang then nampak total earning kita bertambah walaupun naik ciput je. Kihkih. Haritu aku join segmen klik klik nuffnang yang blogger Ana buat. Thanks to Ana and yang lain2 sebab dah tolong isikan tabung blog ni. Ada masa nanti aku pulak nak buat. Hiks. Oh by the way, nuffnang aku tu actually masih level bawah lagi, cpuv pun tak dapat lagi weh. Haha sedih den.. Mana tak nya, blog dah bertahun tahun wujud tapi asyik terabai je. Sekarang baru nak aktif balik. So, lepas ni kena rajin blogwalking baru lah orang kenal aku and nuffnang pun mana lah tahu baik hati nak bagi cpuv. Kihkih.


Thursday, August 27, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum..



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Wednesday, August 26, 2015

Give Up!

Assalamualaikum..

Hm sejak beberapa bulan ni aku rasa macam stress semacam. Kadang aku macam dah give up dengan satu masalah ni. Aku macam dah malas nak pikir solution dia. Give up! Tapi aku tetap kena pikir apa jalan terbaik untuk settle masalah ni tanpa seksa diri aku sendiri, means semua pun happy. Tapi perasaan give up tu still menghantui diri aku sampai kadang tu bila orang cakap pasal tu aku rasa nak marah, nak mengamuk. Sampai 1 tahap aku rasa "I need a counselling session" tapi siapa pulak lah nak jadi counsellor aku.. so, aku try lah "memotivasikan" diri sendiri dengan ayat ayat yang positive. Jom baca!

























Thursday, August 20, 2015

Segmen "Meh Sally Nak Review"

Assalamualaikum..

klik banner untuk join

Jom join!

Wednesday, August 19, 2015

SEGMEN KLIK-KLIK NUFFNANG

Assalamualaikum..

klik banner untuk join

Jom reramai join segmen ni. 

Cara Paling Senang untuk dapatkan Rambut Lembut, Lebat dan Terurus

Assalamualaikum..

Ceh tajuk entry macam good good je.. Haha!



Siapa kat sini rambut messy gilaa? kusut? mengerbang? kering? rambut sikit? or gugur? Ok yang last tu mostly ramai perempuan yang alaminya kann? Kalau sapu bilik tu tak sah kalau takde rambut kat lantai.. So, hari ni aku nak share macam mana cara nak atasi semua masalah yang aku sebut tu. 

Pernah dengar La Bourse shampoo tak? Pernah tak? Haa ni lah penyelesaian kepada semua masalah rambut korang tu.. Serius tak tipu! Aku tak jual syampu ni, family, sedara, jiran, kawan aku semua takde yang jual.. and aku review syampu ni bukan sebab dibayar ke apa, ni ikhlas dari hati aku nak share sebab aku pernah guna.




Time tu rambut aku agak rosak disebabkan beberapa kali buat rambut kat kedai2 rambut biasa tu. One day masa tengah scroll2 gambar kat instagram terjumpa 1 ig ni (tak ingat nama dia apa). Stalk lah kejap, disebabkan feedback yang sangat banyak dan meyakinkan, aku save no dia and terus whatsapp. And I was recommended by the seller to use the pink one. Biru tu untuk masalah yang biasa2 je, yang pink tu untuk masalah rambut yang more to rosak. Aku beli 1 set, ada syampu, conditioner (botol kaler hijau) and serum (botol kecik kaler putih kat gambar bawah).




Lepas pakai beberapa minggu, aku rasa rambut macam lembut and terurus. No more bangun pagi rambut macam singa. Macam tak percaya bila bangun tidur tu rambut still terurus, tak mengerbang. Rasa confident je bangun dari katil tanpa betulkan rambut. Cehh~ Haha.. Kalau nak sikat rambut pun tak kusut, smooth je rasa. Rambut gugur pun dah berkurang and believe me, lepas guna syampu ni, nanti nampak lah anak rambut tumbuh sikit demi sikit. Tak tipu.. sesuai sangat untuk orang yang rambut nipis. 

Senang cerita, La Bourse ni memang membantu korang atasi macam2 jenis masalah rambut. "kalau kepala ada kutu boleh hilang ke?" hmm kalau rasa kepala ada kutu, better pergi farmasi cari syampu kutu. I did it once and jumpa 1 syampu kecik entah apa nama dia sangat berkesan. Tapi tu time kecik2 dulu lah, entah apa selekeh sangat sampai kepala pun ada kutu but well, even kita bersih macam mana pun tapi kalau kita ada kawan yang ada kutu, confirm kita pun terkena sekali kann.. bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Eh? macam tak kena je peribahasa tu dengan situasi. Hahaha whatever..

So, if you gaiss ada masalah rambut, try lah beli set La Bourse tu, recommended hokayy! try seach guna hashtag kat instagram, nanti jumpa lah. Tak pun, google La Bourse Malaysia ke apa ke nanti ada je yang keluar. Dah jumpa nanti try lah beli. :)


Selamat Mencuba!

Friday, August 14, 2015

Giveaway Wallet By Opzzpinky

Assalamualaikum..

klik sini untuk join..
Good luck!

Merdeka Giveaway By Honeyonnee.Com

Assalamualaikum..

klik banner untuk join
Jom join GA ni ramai2. Simple je syaratnya.. Klik banner ok.


Thursday, August 13, 2015

Tanda-tanda anda belum move on

Assalamualaikum....

OMG gaisssssss! aku baru baca entry Nisa Kay yang latest tu pasal tanda tanda belum move on kat sini.. And gulpppp, TERASA! Hahaha nampak sangat belum move on. 

Jom tengok tanda tandanya...  

1. SEGALA BENDA BUAT KORANG TERINGAT KAT SI DIA
Biasalah dah nama pun bercinta, jalan sesama, makan sesama, gayut kat telepon setiap malam, share masalah and etc. So, bila dah putus, semua benda pun nak teringat kat si dia je. 

2. MELUAHKAN RASA MARAH DI LAMAN SOSIAL
Tak semestinya rasa marah je, paling tak pun korang post something yang menunjukkan korang tu kecewa, sedih, rindu and etc.


3. OVERCOMPENSATING !
Well, korang akan tunjukkan yang korang boleh hidup lagi bagus walaupun baru putus cinta. Tapi aku peghati jugak, normally perempuan lah kan, dorang jadi lebih cantik lepas dorang putus cinta. Tak tahu motif sebenar nak cantik tu untuk apa. Haha. Kalau lelaki pulak, makin bergaya tak pun makin kaya. "Haaa menyesal tak kau tinggalkan aku?" Hahah


4. TIDAK BERMINAT DENGAN LELAKI LAIN
Yelah dah nama pun belum move on, mestilah tak berminat dengan orang lain. Kalau hati tu dah start suka lelaki/perempuan lain, dah sah sah lah korang tu dah move on. Takyah duk sibuk baca tanda tanda belum move on lagi. Haha


5. MEMBANDINGKAN ORANG LAIN DENGAN SI DIA
Ni biasa lah kot. Siapa siapa yang masih ada perasaan kat ex dia pun akan buat benda ni especially bila mula berkenalan dengan orang baru. Maybe sebab korang dah biasa dengan sikap and personaliti ex korang tu. 


6. TIBA TIBA KORANG PAKAR MENYIASAT KALAH CSI
Well well well.. Siapa yang tak pernah stalk ex korang? Tipu lah tak pernah. Walaupun dah unfriend, unfollow, delete semua tapi korang still ingat nama ex korang kat laman sosial kan. Mulut kata tak nak stalk, hati kata alaa tengok kejap je, nak tengok dia dah ada bf/gf baru ke belum, ada status sedih/rindu ke tak.. Kan? come on gaiss,  kalau hati kata lain, mulut kata lain, boleh kena kanser tau! Hahahaha ok tak kelakar..


7. TAK MAMPU NAK MELEPASKAN KENANGAN SEMASA PERHUBUNGAN
Siapa lah yang boleh lupa kenangan, walaupun dah takde apa apa barang yang disimpan sebagai kenangan tapi dalam kepala hotakkk korang tu mesti ada terselit 1001 kenangan kan? So pergilah cari kenangan baru banyak2 biar kenangan lama tu hilang sikit demi sikit... *hashtag sis cuba


8. BERTEMU DENGAN SI DIA MASIH BUAT KORANG BERDEBAR
Kalau belum move on, mestilah ada rasa rindu and disebabkan rindu tulah bila nampak muka si dia je korang macam speechless. Tak tahu nak senyum ke nak sedih ke nak tegur ke nak blaa. Haaa


9. MASIH BERFANTASI UNTUK HIDUP BERSAMA 
Ni tandanya korang masih menaruh harapan. Berharap semoga korang get back and mulakan hidup baru dan korang pun mulalah berangan sebelum tidur seolah olah dunia ni hanya ada korang berdua je. Memang parah. Berdoalah mintak Allah jauhkan semua perasaan yang ada tu sekiranya  si dia memang bukan jodoh korang. Takut nanti terbawak bawak dunia fantasi tu ke realiti, macam2 pulak yang jadi nanti. 


p/s: takde niat nak tiru idea entry orang, just nak share something yang aku sendiri mengalaminya... tapi tak semua point tu ada pada aku ok. Heee~ btw, Allah dah tentukan siapa yang terbaik untuk kita, so belajarlah untuk melepaskan..... *reminder untuk diri sendiri jugak. 

credit : Nisa Kay

Wednesday, August 12, 2015

GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie

Assalamualaikum..

Actually dah lama aku nak join contest or segmen bergambar, maklumlah kaki selfie. Kihkih. Tapi baru sekarang jumpa segmen yang melibatkan gambar. Thanks to Cik En. So, takkan nak tengok macam tu je kan, haruslah join.. Jom jom!

klik banner untuk join

Gambar banyak dah transfer kat laptop. Banyak sangat sampai beribu, belum rasa nak bukak balik semua gambar tu pasal banyak gambar dengan kawan uitm, nanti rinduuu... So, ambik je lah gambar apa yang ada kat handphone. Gambar ni boleh kan Cik En? Hehe..



Disebabkan lately ni ada beberapa ketul jerawat muncul kat muka aku ni, marilah kita sama sama baca entry Cik En apa sebab jerawat timbul.

Sunday, August 9, 2015

(LAST) The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 25-30

Assalamualaikum..



Sepanjang aku buat challenge ni, aku peghati je pageview aku makin berkurang. Cis, engkorang mesti bosan kan setiap hari nampak entry bertajuk "The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!" ni.. Plus, aku punya jawapan untuk setiap soalan yang ada tu pun macam nak tak nak je, macam lemau jee.. Engkorang nak baca pun tak selera. Kan? Jadi, aku buat keputusan untuk habiskan challenge ni dalam 1 entry ni SAHAJA. Nak ngelat sikit. Engkorang ingat aku tak bosan buat benda alah ni? Aku pun sebenarnya bosan jugak weh! Hahaha!

25)   Describe a moment when you “paid it forward.” What happened and how did it feel?
- Korang tahu tak aku putus cinta masa aku dalam zon final exam? So, korang tahu tak apa yang aku rasa? Aku masa tu ada kat asrama uitm. Aku masuk bilik air yang ada shower tu (bukan masuk kat bilik air jamban ok), aku nangis puas2. Sorok dalam tu pasal tak nak roommate tahu aku nangis. Lepas keluar dari bilik air, aku pasang niat "aku tak boleh kalah, aku tak boleh jatuh, aku tak boleh lembik, aku kena kuat, aku takkan biar result aku jatuh disebabkan seorang lelaki yang dah kecewakan aku". I made it. Aku habiskan diploma in accounting dengan pointer 3.5 ke atas. Alhamdulillah. Aku rasa cerita aku ni macam takde kena mengena dengan soalan tapi peduli apa.. nak cerita jugak. Kasi chance lah sikit. Haha!
26)   Name a song that makes you cry every time you hear it and why
- Banyak wehh. Haha! Lagi2 bila baru putus cinta. Fuh. Eleh masa korang putus cinta pun takkan takde lagu yg buat airmata tetiba nak keluar. Tipu ah kalau takde. Tapi kalau memang takde, wa salute lu ah, lu memang kental beb! 
27)   Talk about something that you really, really, really love about yourself.
- I just love myself. Whatever it is. I just love and need to love myself. Tapi paling aku suka = SETIA. Sebab aku tahu nak jumpa orang yang setia sekarang ni bukan senang tapi aku adalah one of them yang susah nak dijumpai tu. Hiks.. *kenyit mata
28)   Describe a moment when you made a big, bold move. In any area of life: Career, Love, etc.
- Nothing. I'll make a big move for my career but not now. InshaAllah. 
29)   Who is your closest or most special friend that you’ve never met and what do they mean to you? How did you cross paths? Talk about how you “met” them: Facebook, Twitter, an online support group, etc.
- Yes I do have a friend that I've never met but "he" is not my closest or special friend though. Just a friend yang kadang2 whatsapp/wechat about something yang biasa. Dah bertahun tahun jugak aku kawan dengan dia, rasanya since aku Form 4 kot and sekarang pun still contact. Kenal kat celcom punya social group I think. Benda alah tu just guna sms, I don't remember exactly apa nama benda tu. 

30)   Write a letter to your future mate saying whatever you want to say
- Dear my future husband, I want nothing expensive from you, just please appreciate me, be a good husband for me and please bimbing saya ke jalan yang diredhai Allah.  


Yeahhh! Finally habis jawab semua 30 soalan tu.. Fuh lega.. Lepas ni korang takde lah stress, menyampah tengok entry tajuk "The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!" ni lagi. Haa suka tak? -.-"

hakak payung gambar sikit.. gambar guna filter vsco cam + photoshop. :)

Oh by the way, bukan senang seorang Siti Hajar binti Khairul Anwar ni nak move on. Kadang rasa macam dah boleh anggap semua benda tu sejarah tapi kadang still dibayangi dengan kenangan2 lama. Ada tips tak geng? tq.

Friday, August 7, 2015

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 24

Assalamualaikum..

If you could relive ONE day of your life, what would it be? And would you change anything?
Aku akan pertahankan keputusan aku untuk sambung degree in accounting kat puncak alam hari tu. Dari mula lagi aku dah plan nak buat apa lepas degree nanti tapi sebab sekarang ni aku tak jadi sambung so, aku rasa macam takde hala tuju. Tak tahu apa nak dibuat. Tak tahu macam mana nak sambung balik kejar impian aku sejak dari sekolah tu. Hm tapi bila direnungkan balik, Allah knows best. Apa yang jadi mesti ada hikmahnya. Aku kena redha and usaha sebaik mungkin. So, if I could relive 1 day of my life, I wouldn't change anything no matter what day it be. 


Thursday, August 6, 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

Assalamualaikum..



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 23

Assalamualaikum..


Rasanya jawapan aku untuk soalan ni lebih kurang dengan jawapan untuk soalan hari ke-2 tak silap. So, aku tak rasa macam nak cakap benda yang sama lagi. 





Monday, August 3, 2015

The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 22

Assalamualaikum..

What fictional character in a movie, tv show, or book do you identify with and why?



Hm macam takde. Yelah karakter dalam tv tu, kalau baik, baik sangat, aku ni pulak bukan lah jenis yang baik sangat, so memang tak sama lah. Kalau yang cengeng, cengeng sangat, lembik, tahu nangis je macam dalam cerita indon tu. Haha! Aku ni memang senang nak nangis tapi takde lah lembik sangat sampai tak berani nak melawan. Ada pulak jenis yang annoying, gedik, ego.. Ego tu aku ada lah sikit. Eh, sikit ke? Hm banyak sikit lah. Haha! Kalau yang jahat tu, jahat sangat pulak. Entah apa apa. Kesimpulannya, there is no character that I identify with. 


The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! - Day 21

Assalamualaikum..

How would you pitch a reality show about yourself? To what network?

Tak pernah fikir nak masuk reality show maka takde jawapan untuk soalan ni memandangkan aku pun terlalu mengantuk dan malas nak pikir apa apa.