Friday, April 1, 2016

Win a Daisy Delight bracelet worth RM89.90!

Assalamualaikum..



Macam mana nak menang gelang simple tapi cantik macam kat atas ni?
Actually, contest ni dah start semalam (1/4). Of course ada syarat2 yang dikenakan tapi syarat mudah je. Hihi. Jemput singgah instagram @lawakuku for more information ya sebab nanti apa apa info pun akan diupdate kat ig tu je. So, jom follow ig @lawakuku. TQ!


Mudahnya mencari rezeki

Assalamualaikum.

Copy Paste dari whatsapp group. Jom baca. Semoga bermanfaat.



Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

+ Marketing dah buat separuh nyawa.
+ Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
+ Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
+ Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

+ Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

--- PAUSE ---

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan

Saturday, February 13, 2016

Tiger Eye Stone Bracelet

Assalamualaikum..




Fuh! Sampai sekarang masih rasa teruja dengan tiger eye stone ni since stock sampai haritu. Lawa gila beb! Serius, tak tipu. Plus, tiger eye stone ni bukan calang calang batu ni. High quality tau! Warna pun confirm tak luntur. Jom kita pakai tiger eye bracelet ni and sesama rasakan "keterujaan" tu pastu show off kat kekawan yang lain sampai dia rasa sakit hati tahap nak rentap gelang kau macam rantai wan maimunah kena rentap peragut kat iklan tv tu. Haaa giteww~ Apa? Nak gelang yg lagi cantik? Feminin? Macho? Pergi usha ig @lawakuku kat situ banyak lagi design yg cantik dan murah sampai korang rasa nak "lanje" satu kampung! Okay?


Wednesday, February 10, 2016

Segmen Blogwalking Seronoknyermelukis

Assalamualaikum.. 

Tadi dah join giveaway, now kita join segmen blogwalking pulak. Kalau blog sendiri pun kita jarang buka, apatah lagi nak jenguk blog orang. Haha! Tapi sejak berhenti kerja and buat online business ni, banyak pulak masa lapang. So, kita sedang merajinkan diri pergi usha blog orang dengan harapan akan ada yang sudi nak singgah blog kita ni balik. Dah lama takde pengunjung. Sedih! Jom join segmen bawah ni.




Giveaway Sugarscarf by zeeralily

Assalamualaikum.

Macam biasa lah iolls kalau tetiba muncul balik kat blog ni mesti join giveaway je. Lepas dah join banyak2 pastu senyap balik. Kahkah. 




SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini


HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red


SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

Tuesday, February 9, 2016

Bahaya Suka Bagi Diskaun!

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni. Tak tahu lah apa benda yang busy sangat. Huhu.
So, today I want to share something useful kepada semua peniaga kat luar sana. Benda ni saya dapat dari blog Firdaus Azizi. Peniaga online mana yang masih tak kenal Firdaus Azizi? Kalau tak kenal beliau, anda rugi. Banyak sangat tips yang beliau suka kongsikan. Now, saya tolong kongsikan pada sesiapa yang belum baca pasal diskaun ni.



3 KESAN NEGATIF SUKA BERI DISKAUN


Ini antara 3 side effect kepada bisnes anda jika terlalu kerap memberi diskaun.
1. PELANGGAN AKAN TUNGGU DISKAUN BARU BELI
Bila kita terlalu kerap memberi diskaun, pelanggan and prospek akan sedar yang kita ni “kaki diskaun”.
Ini akan membuatkan mereka hanya membeli pada musim atau waktu diskaun.
Apa jadi bila tempoh promosi dah tamat?
Mestilah jualan kita akan merudum!
2. NILAI PRODUK @ SERVIS AKAN JATUH
Kajian menunjukkan, beli pelanggan melihat harga promosi, biasanya pelanggan akan fikir…
“Berapa la agaknya kos produk ni sebenarnya?”
“Kenapa jual murah? Mesti kualiti so-so jer ni…”
Dalam bahasa lain…
Pemberian diskaun yang terlalu kerap akan menimbulkan pertanyaan dalam minda pelanggan tentang kualiti produk atau servis tersebut.

3. PELANGGAN AKAN “MENGUNGKIT”
Promosi atau diskaun yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan pelanggan baru “mengungkit” untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Dan kalau tak dapat diskaun, mungkin mereka akan menunggu promosi yang akan datang.
Sedikit sebanyak, ini menyusahkan proses close sale kita.

KAJIAN MEMBUKTIKAN…

Ogivly & Mather adalah antara syarikat pemasaran yang terbesar di dunia.
Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat untuk melihatan kesan diskaun ini.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.
Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

DISKAUN SEKALI SEKALA OK

Jangan salah faham.
Saya tak katakan diskaun itu salah, cuma perlu digunakan dengan bijak.
Ini antara cara penggunaan diskaun yang bagus.

1. DISKAUN PRE-ORDER @ PRE-PAY

Ini maksudnya kita berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar.
Konsep ini sama juga seperti harga Pre-Launch atau “Early Bird”.

2. DISKAUN BORONG

Ini adalah diskaun yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.
Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.

3. DISKAUN IKUT MUSIM

Antara cara memberi diskaun yang bagus adalah dengan memberikan sebab @ mengikut musim.
Contoh:
  • Diskaun khas sebanyak 31% sempena sambutan kemerdekaan
  • Diskaun khas sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Diskaun sempena pembukaan kedai yang baru
Guna perkataan seperti “sempena” untuk memberitahu pelanggan kenapa kita berikan diskaun.