Friday, April 1, 2016

Win a Daisy Delight bracelet worth RM89.90!

Assalamualaikum..



Macam mana nak menang gelang simple tapi cantik macam kat atas ni?
Actually, contest ni dah start semalam (1/4). Of course ada syarat2 yang dikenakan tapi syarat mudah je. Hihi. Jemput singgah instagram @lawakuku for more information ya sebab nanti apa apa info pun akan diupdate kat ig tu je. So, jom follow ig @lawakuku. TQ!


Mudahnya mencari rezeki

Assalamualaikum.

Copy Paste dari whatsapp group. Jom baca. Semoga bermanfaat.



Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

+ Marketing dah buat separuh nyawa.
+ Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
+ Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
+ Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

+ Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

--- PAUSE ---

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

+ Solat awal waktu
+ Bersedekah
+ Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
+ Dhuha
+ Tahajjud
+ Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan

Saturday, February 13, 2016

Tiger Eye Stone Bracelet

Assalamualaikum..




Fuh! Sampai sekarang masih rasa teruja dengan tiger eye stone ni since stock sampai haritu. Lawa gila beb! Serius, tak tipu. Plus, tiger eye stone ni bukan calang calang batu ni. High quality tau! Warna pun confirm tak luntur. Jom kita pakai tiger eye bracelet ni and sesama rasakan "keterujaan" tu pastu show off kat kekawan yang lain sampai dia rasa sakit hati tahap nak rentap gelang kau macam rantai wan maimunah kena rentap peragut kat iklan tv tu. Haaa giteww~ Apa? Nak gelang yg lagi cantik? Feminin? Macho? Pergi usha ig @lawakuku kat situ banyak lagi design yg cantik dan murah sampai korang rasa nak "lanje" satu kampung! Okay?


Wednesday, February 10, 2016

Segmen Blogwalking Seronoknyermelukis

Assalamualaikum.. 

Tadi dah join giveaway, now kita join segmen blogwalking pulak. Kalau blog sendiri pun kita jarang buka, apatah lagi nak jenguk blog orang. Haha! Tapi sejak berhenti kerja and buat online business ni, banyak pulak masa lapang. So, kita sedang merajinkan diri pergi usha blog orang dengan harapan akan ada yang sudi nak singgah blog kita ni balik. Dah lama takde pengunjung. Sedih! Jom join segmen bawah ni.




Giveaway Sugarscarf by zeeralily

Assalamualaikum.

Macam biasa lah iolls kalau tetiba muncul balik kat blog ni mesti join giveaway je. Lepas dah join banyak2 pastu senyap balik. Kahkah. 




SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini


HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red


SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

Tuesday, February 9, 2016

Bahaya Suka Bagi Diskaun!

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni. Tak tahu lah apa benda yang busy sangat. Huhu.
So, today I want to share something useful kepada semua peniaga kat luar sana. Benda ni saya dapat dari blog Firdaus Azizi. Peniaga online mana yang masih tak kenal Firdaus Azizi? Kalau tak kenal beliau, anda rugi. Banyak sangat tips yang beliau suka kongsikan. Now, saya tolong kongsikan pada sesiapa yang belum baca pasal diskaun ni.



3 KESAN NEGATIF SUKA BERI DISKAUN


Ini antara 3 side effect kepada bisnes anda jika terlalu kerap memberi diskaun.
1. PELANGGAN AKAN TUNGGU DISKAUN BARU BELI
Bila kita terlalu kerap memberi diskaun, pelanggan and prospek akan sedar yang kita ni “kaki diskaun”.
Ini akan membuatkan mereka hanya membeli pada musim atau waktu diskaun.
Apa jadi bila tempoh promosi dah tamat?
Mestilah jualan kita akan merudum!
2. NILAI PRODUK @ SERVIS AKAN JATUH
Kajian menunjukkan, beli pelanggan melihat harga promosi, biasanya pelanggan akan fikir…
“Berapa la agaknya kos produk ni sebenarnya?”
“Kenapa jual murah? Mesti kualiti so-so jer ni…”
Dalam bahasa lain…
Pemberian diskaun yang terlalu kerap akan menimbulkan pertanyaan dalam minda pelanggan tentang kualiti produk atau servis tersebut.

3. PELANGGAN AKAN “MENGUNGKIT”
Promosi atau diskaun yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan pelanggan baru “mengungkit” untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Dan kalau tak dapat diskaun, mungkin mereka akan menunggu promosi yang akan datang.
Sedikit sebanyak, ini menyusahkan proses close sale kita.

KAJIAN MEMBUKTIKAN…

Ogivly & Mather adalah antara syarikat pemasaran yang terbesar di dunia.
Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat untuk melihatan kesan diskaun ini.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.
Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

DISKAUN SEKALI SEKALA OK

Jangan salah faham.
Saya tak katakan diskaun itu salah, cuma perlu digunakan dengan bijak.
Ini antara cara penggunaan diskaun yang bagus.

1. DISKAUN PRE-ORDER @ PRE-PAY

Ini maksudnya kita berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar.
Konsep ini sama juga seperti harga Pre-Launch atau “Early Bird”.

2. DISKAUN BORONG

Ini adalah diskaun yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.
Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.

3. DISKAUN IKUT MUSIM

Antara cara memberi diskaun yang bagus adalah dengan memberikan sebab @ mengikut musim.
Contoh:
  • Diskaun khas sebanyak 31% sempena sambutan kemerdekaan
  • Diskaun khas sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Diskaun sempena pembukaan kedai yang baru
Guna perkataan seperti “sempena” untuk memberitahu pelanggan kenapa kita berikan diskaun.

Wednesday, September 9, 2015

Giveaway 1.0 Missdae

Assalamualaikum..

klik banner untuk join

Teringin sangat nak pergi The Shore Malacca tu. Semoga ada rezeki. Aminn.. Jom join reramai. Good Luck!

p/s: iolls sangat suka baca blog yg owner nya suka pergi travel. Nak pergi travel, tak mampu lagi, baca cerita orang je lah mampu. hiks.

Monday, September 7, 2015

Hello Kitty Resort in Thailand

Assalamualaikum..

 The Kitty Resort in Phu Ruea district of Loei, ‪Thailand. Bungalows are 2,500B & Tents 1,500B. Visitors 20B. 

















Ya Allah, heaven nya tengok resort yang serba pink and serba hello kitty ni. Rasanya aku tak nak balik kalau pergi sana. Kalau boleh nak ambik gambar kat setiap sudut yang ada. Haha! I'm totally in love dengan semua yang berwarna pink! Someone please bring me here! kbai

(gambar sumber facebook)

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

Assalamualaikum..



Good Luck!

Saturday, September 5, 2015

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum..

klik banner untuk join
Good Luck!

Friday, September 4, 2015

Giveaway 1.0 by ENA

Assalamualaikum..

klik banner untuk join

Jom join! 

SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY

Assalamualaikum..


GIVEAWAY

(blog anda akan diletakkan di dalam bloglist saya disidebar secara kekal)
TAMAT PADA 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

segmen theyanaonly ni bukan sekadar blogwalking tapi giveaway juga, ada hadiah bagi 2 orang yang bertuah. Macam mana nak join mudah sahaja baca bawah ni apa yang perlu anda lakukan
  1. buat "SEGMEN:BLOGLIST KEKAL THEYANAONLY" - done
  2. follow blog saya "i follow" - done
  3. follow twiter saya "i follow" - done
  4. berapa kerap anda post cerita di blog anda ? - setiap minggu
SETIAP HARI / SETIAP MINGGU / SETIAP 2 MINGGU 
dua orang yang bertuah dipilih dengan cara random.org akan dapat hadiah special

MUDAH KAN JUST COPY CODING DALAM BOX BAWAH NI AND PASTE DEKAT POST KORANG SEMUA TELAH SIAP DI LINK KAN.
TAMAT 10 SEPTEMBER 2015, JAM 11:59PM

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK ENRTY ANDA

GA Pertama MeeyaHani

Assalamualaikum..

klik banner untuk join
Good Luck! 

GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

Assalamualaikum...

Ohhhemmgeeeeeeeeeeeeeeeee! Hello Kitty in daa houseee! Aku baru nak join giveaway ni tapi dia punya excited tu semacam wehh. Tu kalau menang tak tahu lah macam mana dia punya happy tu... kihkih. Jom join gaissss..

klik banner untuk join

Good Luck!

Tuesday, September 1, 2015

Matte (PEELABLE) Nail Polish

Assalamualaikum..

Hi semua. Cantik kan semua colour ni? Korang tak nak try pakai ke? At least lah pakai time event yang gempak gempak ke kan, baru nampak macam retis sikit. Kihkih. Alaa korang tak payah risau susah nak hilang ke apa ke, tak payah susah susah beli nail polish remover bagai, sebab apa? haa sebab nail polish ni PEELABLE. Senang kopek hokayyyy.. kalau rasa nak tukar2 kaler dengan kawan2 pun boleh. Basahkan sikit then dah boleh kopek. Tak percaya? Try lah beli 1 baru tahu macam mana. RM 18 je sebotol. Mana ada mahal, tu 15ml tau, twice size of BK (7ml) tuu.. Kalau nak murah lagi, boleh beli borong. Hiks. 





Jom whatsapp 0137097961. Boleh jugak usha2 dulu kat instagram @lawakuku .

Saturday, August 29, 2015

Aidil Adha Giveaway by Dyana Hassan

Assalamualaikum..

Korang nak baju kurung saloma untuk Aidil Adha nanti tak? Kalau nak, jom join giveaway ni.

Ni hadiah dia...


1x Kurung Saloma Dusty Pink
1x Kurung Saloma Coklat Mustard
1x Kurung Saloma Hijau

Untuk memenuhi syarat-syarat giveaway yang diberikan. aku nak list kan sebab-sebab blog Dyana Hassan berbaloi untuk di follow:-

1. Banyak product review, so aku boleh buat rujukan sebelum beli product tu.
2. Ada update pasal running man, in case ada latest episode yg aku terlepas.
3. Entry yang santai dan mesra untuk dibaca. 

5 kawan blogger (random tag) - Nurul Atikah , Sharina Elyana , Fadzi Razak , Mirza Syazwina , Anil Wanina

Good Luck!

Friday, August 28, 2015

Sketch Picture from Eintan Nurfuzie

Assalamualaikum..

Yeayy dah dapat my sketch picture dari Cik En. Haritu aku ada join Giveaway Sketch Picture by Eintan Nurfuzie and tadaaaaaa... 




Inilah hasilnya.. tengok sekali macam cantik, tengok dua kali macam makin cantik, tengok banyak kali memang cantik sangat pun. Hahaha! rasa macam tak puas tengok gambar ni even tu muka sendiri. kihkih. Btw, sesiapa yang nak gambar dia di sketch jugak, boleh cari Cik En kat sini Eintan Nurfuzie . Thanks again Cik En! Much love from me.. :)

Seronok Earning Nuffnang Bertambah

Assalamualaikum..




Seronok kan bila bukak nuffnang then nampak total earning kita bertambah walaupun naik ciput je. Kihkih. Haritu aku join segmen klik klik nuffnang yang blogger Ana buat. Thanks to Ana and yang lain2 sebab dah tolong isikan tabung blog ni. Ada masa nanti aku pulak nak buat. Hiks. Oh by the way, nuffnang aku tu actually masih level bawah lagi, cpuv pun tak dapat lagi weh. Haha sedih den.. Mana tak nya, blog dah bertahun tahun wujud tapi asyik terabai je. Sekarang baru nak aktif balik. So, lepas ni kena rajin blogwalking baru lah orang kenal aku and nuffnang pun mana lah tahu baik hati nak bagi cpuv. Kihkih.


Thursday, August 27, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum..



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Wednesday, August 26, 2015

Give Up!

Assalamualaikum..

Hm sejak beberapa bulan ni aku rasa macam stress semacam. Kadang aku macam dah give up dengan satu masalah ni. Aku macam dah malas nak pikir solution dia. Give up! Tapi aku tetap kena pikir apa jalan terbaik untuk settle masalah ni tanpa seksa diri aku sendiri, means semua pun happy. Tapi perasaan give up tu still menghantui diri aku sampai kadang tu bila orang cakap pasal tu aku rasa nak marah, nak mengamuk. Sampai 1 tahap aku rasa "I need a counselling session" tapi siapa pulak lah nak jadi counsellor aku.. so, aku try lah "memotivasikan" diri sendiri dengan ayat ayat yang positive. Jom baca!