Tuesday, February 9, 2016

Bahaya Suka Bagi Diskaun!

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni. Tak tahu lah apa benda yang busy sangat. Huhu.
So, today I want to share something useful kepada semua peniaga kat luar sana. Benda ni saya dapat dari blog Firdaus Azizi. Peniaga online mana yang masih tak kenal Firdaus Azizi? Kalau tak kenal beliau, anda rugi. Banyak sangat tips yang beliau suka kongsikan. Now, saya tolong kongsikan pada sesiapa yang belum baca pasal diskaun ni.



3 KESAN NEGATIF SUKA BERI DISKAUN


Ini antara 3 side effect kepada bisnes anda jika terlalu kerap memberi diskaun.
1. PELANGGAN AKAN TUNGGU DISKAUN BARU BELI
Bila kita terlalu kerap memberi diskaun, pelanggan and prospek akan sedar yang kita ni “kaki diskaun”.
Ini akan membuatkan mereka hanya membeli pada musim atau waktu diskaun.
Apa jadi bila tempoh promosi dah tamat?
Mestilah jualan kita akan merudum!
2. NILAI PRODUK @ SERVIS AKAN JATUH
Kajian menunjukkan, beli pelanggan melihat harga promosi, biasanya pelanggan akan fikir…
“Berapa la agaknya kos produk ni sebenarnya?”
“Kenapa jual murah? Mesti kualiti so-so jer ni…”
Dalam bahasa lain…
Pemberian diskaun yang terlalu kerap akan menimbulkan pertanyaan dalam minda pelanggan tentang kualiti produk atau servis tersebut.

3. PELANGGAN AKAN “MENGUNGKIT”
Promosi atau diskaun yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan pelanggan baru “mengungkit” untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Dan kalau tak dapat diskaun, mungkin mereka akan menunggu promosi yang akan datang.
Sedikit sebanyak, ini menyusahkan proses close sale kita.

KAJIAN MEMBUKTIKAN…

Ogivly & Mather adalah antara syarikat pemasaran yang terbesar di dunia.
Mereka pernah melakukan kajian terhadap 200 syarikat untuk melihatan kesan diskaun ini.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati, syarikat yang melakukan pelaburan terhadap pemasaran lebih banyak menjana keuntungan berbanding syarikat yang hanya bergantung kepada taktik memberi diskaun.
Apabila kita sibuk beritahu pelanggan kenapa mereka mesti beli produk kita pada harga diskaun, sebenarnya secara tak langsung kita sedang beritahu yang produk kita tak berbaloi untuk dibeli dengan harga biasa.

DISKAUN SEKALI SEKALA OK

Jangan salah faham.
Saya tak katakan diskaun itu salah, cuma perlu digunakan dengan bijak.
Ini antara cara penggunaan diskaun yang bagus.

1. DISKAUN PRE-ORDER @ PRE-PAY

Ini maksudnya kita berikan harga istimewa untuk pelanggan yang sanggup bayar in advance sebelum barang dah siap untuk dihantar.
Konsep ini sama juga seperti harga Pre-Launch atau “Early Bird”.

2. DISKAUN BORONG

Ini adalah diskaun yang kita beri khas untuk orang yang membeli dengan kuantiti yang banyak.
Taktik ini boleh menyebabkan pelanggan beli lebih banyak dalam satu transaksi.

3. DISKAUN IKUT MUSIM

Antara cara memberi diskaun yang bagus adalah dengan memberikan sebab @ mengikut musim.
Contoh:
  • Diskaun khas sebanyak 31% sempena sambutan kemerdekaan
  • Diskaun khas sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Diskaun sempena pembukaan kedai yang baru
Guna perkataan seperti “sempena” untuk memberitahu pelanggan kenapa kita berikan diskaun.

No comments: