Saturday, May 11, 2013

hipokrit

Assalamualaikum.......
eh, rajin pulak aku nak meng'update' blog ni, selalunya dalam sebulan pun belum tentu aku nak update..
tiba-tiba datang idea ni masa tengah buat kerja..
hah, nampak tak aku buat kerja tak fokus..
tangan bergerak tapi kepala ke angkasa lepas dah jauhnya... =.='
hipokrit??
hmm, perkara yang tak susah pun kita nak buat...
honestly, aku merupakan seorang yg tergolong dalam orang2 hipokrit..
tapi tapi tapi..... certain situation je laa.... takde la memanjang hipokrit je..
bila aku tak suka someone tu then dia jugak la yg selalu muncul depan mata aku...
pastu boleh pulak dia buat apa yg aku tak suka...
isyhhh... rasa macam nak bagi tendangan maut je tauuuu....
nasib la aku ni masih ada rasa keperimanusiaan...
so, just sabar, sabar, sabar, and sabar......
hah, dari situ lah timbul hipokrit aku...
berpura-pura layan orang tu sedangkan dalam hati,"eee aku tak nak layan kau laa,diam boleh tak ?!"
tu baru dalam hati, kat kepala ni pulak dah terbayang2 muka dia penyek aku
kerjakan, "hah, amik kau ! dush dush dush....puas hati aku"... hikhik
amboiii amboiii.. anak dara sorang ni kerja asyik nak belasah orang je kat kepala dia tu..
banyak2 la istighfar hajar oiii !
Astaghfirullah......
btw, setelah hampir 20tahun aku hidup kat dunia ni, aku rasa memang ramai
manusia yang hipokrit...... lumrah kehidupan....
hmm, actually mata dah mengantuk, tetiba rasa macam tangan ni dah mogok tak nak menaip lagi..
mata merayu-rayu mintak dipejamkan.. bantal peluk mula menggoda untuk dipeluk.. haha
selamat malam dunia ! 
XOXO

Monday, May 6, 2013

cinta

Assalamualaikum......
wahh.. tajuk entry yg sangattt pelik kalau aku yg menulisnya... >.<
terasa macam i am still young nak bercakap pasal cinta ni, am i?
hmm, every person mesti nak diri disayangi dan menyayangi kan? dan aku tak terkecuali...
seronok bila rasa diri ini ada orang yang sayang besides our family.. ^_^
but as for me, cinta aku hanya untuk my husband..
si dia? ya, i do love him so much..
but aku maksudkan "love" tu sebagai sayang, bukan cinta..
hubungan yang serious, does it means by "bercinta" only? without the knowledge of their parents?
no, dalam kamus hidup aku, a serious relationship is only when a couple tu dah merancang utk berkahwin..
tu bagi aku la, tak tau la apa pandangan orang lain kan.
aku seorang yang tak suka dikongkong or dicontrol.
so, aku pun tak suka nak mengongkong n mengcontrol orang lain includes my bf..
as long as dia jujur n setia, so takde apa yg aku nak risau..
i just trust him and yess... trust him.....
kalau dia layan or borak dengan perempuan lain? err, tipula kalau aku tak jealous.
but.. i have no rights nak halang n marah2 dia because i am not his wife yet..
aku pun cuba untuk tak banyak layan lelaki lain sebab tak nak dia jealous2..
aku yakin and percaya dia pun cuba untuk buat benda yang sama..
like what i said just now... i trust him.....
huh, rasa lain bila kita asyik teringat kan someone..
it feels like "berbunga-bunga"... tersenyum sorang2 macam orang gila.. >.<
but... oh, nasib baik aku belum gila lagi..
haii laa hajar, what's going on, huh?
err, aku rindu dia, perhaps? haha, yes,i miss him.. 
berharap si dia baca entry ni and i wanna say,
"hey u ! can u hear me in your heart right now? i miss u like crazy, u know??"
ohmygosh !... rasa macam nak bagi sepakan percuma kerana terlampau gatal....
behave hajar, behave ! 
warghhhh... kena stop ni... makin teruk pulak nanti aku ni..
dah boleh tidur dah ni, esok nak kerja.... 

#semakin berdebar menunggu result yang akan keluar 9hb ni... 
XOXO

Saturday, May 4, 2013

kerja kerja kerja

Assalamualaikum....
tak sangka dah masuk bulan 5 n tak lama lagi cuti sem pun habis..
lepas cari keje sana sini, last2 aku pun keje kat satu kilang ni..
banyak2 kilang yg aku pernah pergi, ni lah yg paling bersih..
penuh dengan rules yg senang nak ikut..
kat tempat aku tu dipecahkan to 2 work stations..
tengah2 nya bahagian WIP (work in progress) n kat belakang nya untuk finished goods..
aku ditempatkan kat bahagian tapping wayar..
alamakk aiihh.. senang je keje nya just nak kena kejar output je.. *mcm gud2 je.
so, like usual.. orang baru masuk mesti jadi perhatian..
rasa macam nak berlari kat dalam tu sambil kibas2 rambut,"akulah pekerja baru,
tengoklah aku, tengoklah aku..." >.<
tapi tapi tapi......
dalam senang2 keje aku tu, ada satu benda yg susah..
susahnya bila tangan aku berpeluh n tape tu mula la tak nak bagi kerjasama dengan aku..
tak lekat, tak lekat, tak lekat...... gggrrrrr
then, the info about my hand was exploded from desk to desk..
"takpe la buat slow2,tangan dia basah"
"ok la ni, tangan dia kan basah"
"patutlah tak lekat, tangan dia basah"
warghhhhhhh !! aku rasa macam nak buat announcement time tu jugak..
*1,2,3 testing..testing...
saya, pekerja baru Siti Hajar binti Khairul Anwar mempunyai tangan yang basah..
sila beri kerjasama n pleaseeeeee stop talking about it..
kerjasama anda amat dihargai n thank you..*
5 seconds later, confirm semua mata pandang aku..
n again... i'm being an attention to everyone...
huhhh,, nasib la nokk...
dah lah aku masuk situ takde kawan, ada kawan pun tak nak ikut...
nasib la aku ni pandai la jugak nak bawak diri n cari kawan baru..
n nasib la jugak aku ni keje sekejap je..
tapi aku pelik laa.. nak gi keje kilang je pun, perlu ke nak ber'make up'?
tebal mana pun make up kau, balik baju kau bau kilang jugak..
nak cari pakwe? alahh kalau dah cantik, tak yah make up pun nanti ada je orang yg suka..
oh, i see... mungkin bedak or cream yg dia pakai tu takde SPF kot kan..
tu yg kena make up tebal2 nak protect kulit muka dia tu.. =.='

#whatever it is, hati mula risau, gelabah, n nervous nak tunggu result keluar... dub dab dub dab..
XOXO


Saturday, April 20, 2013

syurgamu

Assalamualaikum..
di tengah malam yg sepi dan tak boleh tidur ni tiba2 terpikir.......

kehidupan yg hanya dipinjam oleh semua makhluk di muka bumi ini.. 
yg diberi pinjam oleh Yang Maha Berkuasa...
dengan amanah dan tanggungjawab yg besar..
adakah kita melaksanakan amanah yg diberi dengan sebaik mungkin?
adakah kita yakin kita sudah melaksanakan tanggungjawab yg diberi?
Ya Allah....
sesungguhnya hamba Mu ini tersangatlah kerdil..
sesungguhnya hamba Mu ini tersangatlah hina...
sesungguhnya hamba Mu ini tersangatlah lalai dan leka dengan harta duniawi...
lalai dan leka dengan kebahagiaan duniawi...
lalai dan leka dengan cinta manusia yg semestinya tidak kekal lama..
lalai dan leka dengan nafsu-nafsu yg penuh dengan kesesatan..
lalai dan leka dengan semua godaan, hasutan dan bisikan syaitan..
sesungguhnya hamba Mu ini tersangatlah berat dan sarat dengan dosa-dosa...
dulu...kini...dan sekarang......
setiap detik..setiap saat..setiap minit..setiap jam..setiap hari....
tidak pernah lekang melakukan dosa..
melahirkan titik-titik hitam di dalam hati yg sangat suci suatu ketika dahulu..
Ya Allah.....
sesungguhnya hamba Mu ini sangat berdosa padaMu Ya Allah...
sesungguhnya hamba Mu ini telah mencuba untuk menyusuri jalan syurgaMu..
sesungguhnya hambaMu ini juga telah tersungkur di permulaan jalan...
mengharapkan huluran dari hamba Mu yg telah berjaya mendapatkan redhaMu..
sesungguhnya hamba Mu ini juga telah kalah dengan suara jahat syaitan..
masih adakah ruang untukku di syurgaMU Ya Allah..
hamba Mu ini banyak berdosa pada sesama manusia..
hamba Mu ini banyak berdosa pada kehidupan semulajadi yg tidak pernah mengingkariMu..
hamba Mu ini banyak berdosa sehingga tak terucap di bibir yg 
sarat dengan kata-kata dusta, kejahatan, keburukan dan kekejian..
Ya Allah......
jika hamba Mu ini diberi pilihan......
sebaiknya kau tariklah nyawaku disaat diri ini suci dari dosa..
disaat diri ini masih lagi bayi yg tidak mengerti apa-apa..
kini......
aku tidak bisa menyesali apa pun takdirku...
sesungguhnya ia telah pun di atur oleh Mu Ya Allah...
hamba Mu ini redha.......
hamba Mu ini memohon pada Mu Ya Allah....
Kau berikanlah aku hidayahMu.....
Kau permudahkanlah urusan duniaku ini Ya Allah...
Kau jauhilah aku dari segala kebusukan niat syaitan...
Kau lindungilah aku dari segala tipu helah dunia...
Kau kuatkanlah imanku...
Kau tingkatkanlah kesabaranku menghadapi bisanya mulut-mulut manusia..
Kau berikanlah keselamatan dan kebahagiaan orang-orang disekelilingku Ya Allah..
Kau murahkanlah rezeki mereka Ya Allah...
sesungguhnya hamba Mu ini tersangatlah hina untuk meminta-minta dari Mu..
Kau ampunilah dosa-dosaku...
Kau ampunilah dosa-dosaku...
Kau ampunilah dosa-dosaku...
aku menadah tangan yg kotor ini, Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah...
Amin Ya Rabbal Al Amin..


music : Ungu-Syurgamu
menitis air mata mengenangkan dosa-dosa...
mengharapkan sebuah perubahan di samping mereka yg sentiasa membantu dan menyokong..
^_^  XOXO

 

Wednesday, February 13, 2013

rindu.. :)

Assalamualaikum..
actually tak tau nak type ape tapi tak kira nak type jugak..
hm, rase nye my bf n i susah nak jumpa..
paling tak pun nak kena tunggu aku cuti n blek uma baru dapat jumpe..
aritu masa start cuti n dia pun cuti lama, kepala aku pun mula merancang nak jumpa..
tapi malangnya boleh pulak dia gi melaka laa, PD laa, BP laa...
bape hari pastu baru reti balik..
isyhhh..tak tau ke kita punyalah rindu kat dia tahap gila babeng ni hahh..
dah laa cuti yg sangat membosankan..
duk uma bosan, suruh balik segamat pun tak nak..
ape benda ntah yg aku nak sebenarnya nihh.. =.='
luckily, lepas dia balik tu esok nya ktorg keluar..
tapi ntah knp mase minit yg pertama dia muncul depan aku, aku jadi speechless..
tetibe rase mcm malu-malu meoww pulak..
haha.. bongok jehhh...
maka dengan itu, masa mula memainkan peranan dengan sangat pantas..
jarum jam bergerak dengan laju nya..
that day, aku rase macam nak cakap thanks kat dia banyak banyak kali..
ade 7 sebab aku nak say thanks tapi tak perlu la state kat sini..
just thanks utk hari yg menggembirakan tu...
gua sayang lu laa beb... :')
btw, semoga kekal sampai bila-bila... 
^_^  XOXO 

harapan

Assalamualaikum...
haih, tak tau la den bape kali header blog ni nak ditukar..
buat mcm ni tak puas hati, buat mcm tu tak cantik, buat gini buruk, buat gitu serabut pulak..
aiyoyo...
almaklumlah tangan tak se'kreatif' pelukis2 or designer2 di luar sana.. huh
last2 decide pakai tulisan je la, just jenis tulisan yg unik sikit..
cehh, takde la unik mana, 3d je pun.. =.='
tapi tapi tapi........
still tak puas hati.. gggrrrrrr...
berharap sangat ade yg sudi buatkan header kita ni bagi nampak cantik, menarik,
tertarik (kau memang debom)... n yg pasti mesti la comel. :')
berharap sangat2 nihhh...... anyone??
*krik krik
ok, takde jawapan... sedihhhh. :'(
XOXO

Monday, February 11, 2013

baik atau tak baik?

Assalamualaikum...
hari yg membosankan....... gggrrrrr
actually aq rase macam nak bagitau the whole world yg aku tengah marah...
tapi acane ek?
nak post kat facebook, nanti ade org cakap budak ni beriye plak..
nak tweet, nanti ade org terase la, ape laa...
tak mention pun kot, takyah nak terasa sangat laa kan... =.='
ingat aku just kenal kau je ke?
oh, maybe nampak macam inappropriate for public kot...
btw, marah?? heyy budak kecik pun pandai marah taw..


tapi aku rase tak perlu kot nak bagitau the whole world yg kita tengah marah...
just ambik punching bag then tumbuk puas2..
konon2 macam tumbuk org yg kita marah sangat tu...
kalau nak lagi best, lukisla muka org tu kat punching bag tu..
baru macam real kan.................
*cakap macam dah biase buat je..
oh, tak.. aku tumbuk bantal je.. ngee~
so,just nak cakap yg aku ni suke jugak lepaskan rase tak puas hati kat twitter..
so what? selagi aku tak kena tweet limit...
hak bertweet hak kita.. kan?
maaf andai ade yg terasa dgn tweet tu..
sometimes tu memang nak suruh terase pun... 
tapi takde la sampai melampau sangat n guna bahasa kasar kan.
ni tak, dah lah guna bahasa kasar pastu nak bagi semua org bace status or tweet
kau tuhh... confirm2 lah org akan pikir kau ni tak berbudi bahasa..
cakap org babi, kalau dia babi kau tu ape? babun??
choooiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!
sangat sangat mencerminkan diri sendiri yg 99.99% tak guna otak bile bercakap..
kalau ye pun tak puas hati, jangan la keluarkan bahasa yg tak sopan..
kalau nak jugak guna bahasa kasar, pakai bahasa yg org lain tak paham..
thailand ke, myanmar ke, ape2 je laa...
as long as tak membuatkan pembaca2 tuhh pun mengeluarkan sumpah seranah masing2.. 
kalau nak buat jahat, buat lah sorang2 ok..
jangan ajak orang lain...tak baik laaa..
^_^   XOXO

p/s: actually tengah marah nii... tapi mencuba utk tahan, tahan dan tahan...
kan sabar separuh daripada iman.. #notetomyself