Tuesday, November 12, 2013

Ayam Goreng better than Nasi Goreng


VS


Assalamualaikum.....

fuhh terliur aku search dua makanan ni kat google.. macam macam ayam and nasi goreng yg nampak sedap, lazat, and enak muncul... dah kenapa dengan dua makanan ni? haa haritu masa baca newspaper, aku terjumpa satu ruangan pasal kalori dalam makanan.. mungkin sebab aku ni tak rajin membaca, so aku baru tahu yg kalori dalam nasi goreng hampir 600++, sedangkan ayam goreng less than 300.. huh seriously? sebelum ni, kepala aku berputar 360 darjah banyak banyak kali pun aku still pikir ayam goreng lagi banyak kalori dari nasi goreng.. unbelievable ! sebab sepanjang kat rumah aku banyak makan nasi goreng.. huwahhhh nak menangis sebab kalori dalam badan dah melebih lebih..... T.T

dari tadi aku duk menyanyah pasal kalori je, tahu tak kalori tu apa sebenarnya? kalori tu ialah satu unit tenaga.. ia bagi kita tenaga dalam badan tapi kalau kalori tu berlebihan dan tidak dibakar, ia akan menjadi lemak then akan menaikkan berat badan kita.. 

based on sumber tertentu, lelaki memerlukan 2000-2500 kalori sehari, perempuan pula 1600-2000 sehari.. so, bila kita makan lebih dari kalori yg ditetapkan untuk sehari, kalori tu akan disimpan dan bertukar menjadi lemak.. bila kalori yg tersimpan tu mencecah lebih kurang 8000 kalori, berat badan kita akan naik dalam 1 kg.. woahhh nak turun 1 kg pun dah payah....

ok, contohlah kan.....
breakfast : nasi goreng kosong (660) + teh tarik (120) = 780
lunch : nasi putih (260) + ayam kari berkuah (250) + air tembikai (80) + kankung belacan (120) = 740
dinner : nasi putih (260) + sambal udang (70) + ikan masam manis berkuah (210) + air tembikai (80) = 620

780 + 740 + 620 = 2140

omo?? kalau setiap hari makan macam tu, maknanya terlebih 140 kalori sehari... sebulan je dah boleh naik 1/2 kg... oh maii gadd ! nak kena elakkan nasi goreng dah lepas ni, makan ayam goreng je.. hekhek.. and exercise bebanyak untuk bakar kalori yg berlebihan tu... semoga bermanfaat... ^_^

Be Careful With My Heart

Assalamualaikum...

Sepanjang cuti sem ni aku banyak habiskan masa ngadap laptop and tv je.. bertambah tambah lah power aku ni nanti.. tapi takpe, bukan nya tengok benda yg tak elok pun kan... hewhew~ korang pernah tengok cerita be careful with my heart setiap isnin sampai khamis kat tv3 pukul 3 petang? haa lengkap statement aku tu... biar korang tak tertanya tanya... haha 

sumber gambar : google image
actually aku tak follow pun cerita ni, tapi sejak keboringan dan kebosanan melampau lampau cuti ni, aku pun duduk laa ngadap tv since aku memang tak tengok tv langsung sepanjang kat uitm.. bila 1st time tengok, macam best... esok nya tengok lagi... esoknya lagi tengok lagi sampai laa sekarang ni aku dah rasa macam tak nak tertinggal satu episode pun.. 

bagi aku, cerita tu memang best + kelakar... dalam cerita tu, banyak moral value yg boleh kita ambik dari segi kekeluargaan, pembelajaran, kerjasama, etc...  kapit bisig which means bersatu teguh.. "kapit bisig" ni lah yg selalu dorang guna bila tengah ada masalah.. then, dorang akan bersatu and bekerjasama selesaikan masalah tu walaupun just tolong bagi sokongan or semangat...  hubungan keluarga yg ada dalam cerita ni sangat rapat, sampai aku sendiri pun tak percaya aku boleh nangis sebab tersentuh tengok keakraban dorang sekeluarga menyelesaikan masalah yg dihadapi.. 

haa dalam cerita ni jugak lah aku belajar bahasa cina sikit sikit, ala yg basic je macam ni hao maksudnya hello, ni hao ma maksudnya apa khabar, xie xie maksudnya terima kasih, bla bla bla... actually ada banyak lagi, tapi aku dah tak ingat... almaklumlah short term memory, beginilah rupanya... haha... kenapa ada bahasa cina pulak? sebabnya pengasuh anak tuan rumah tu dia belajar bahasa cina as an additional language untuk jadi pramugari... kiranya dia belajar sambil bekerja.. so tu jelah yg aku ingat, harap harap apa yg aku belajar tu benda yg betul laa.. heee~ and ada bahasa inggeris jugak sebab tuan rumah and anak dia suka speaking.. jom la tengok cerita ni, memang best, mak aku pun suka tau.. hoho


Monday, November 11, 2013

#throwback masa PLKN

Assalamualaikum....

Di malam yg dingin, sejuk, sunyi, sepi ini daku terkenangkan desa permai.... lagu raya pulak keluar... huu~ actually, tetibe malam ni aku rasa rindu masa plkn dedulu tu... rindu yg amat, sangat, terlalu, rindu...... kenapa ek? terus aku cari gambar2 masa plkn tu tapi sayangnya dah takde... lupa yg laptop aku pernah kena format tanpa sempat simpan gambar bagai... sedih but luckily, ktorang ada buat group plkn kat fb..


Kem Khidmat Negara Putra-Putri, Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.
here we go !! 

 

jom jom kita bertolak ! ahaaa... ini lah bas yg aku and membe2 plkn yg lain naik masa hari keberangkatan ktorang ke Kem Put Put (nama glamour, kau hade?).. bas ni disediakan khas untuk ktorang.. mana mana nak pergi naik bas ni je lah sampai pergi jumpa Dr. Mahathir pun ktorang naik bas ni tauu.. hahh special kan.. aku sebenarnya bangga beb naik bas ni, biar semua orang tahu aku ni pelatih plkn, pehh bangga gilerr kot.. tapi tak tahu lah kalau aku sorang je yg rasa bangga macam tu.. muehehe


ni pulak dewan ktorang.. tempat makan kat sini, kekadang bila hujan, berbaris kat sini, buat indoor activities antara "kompeni" pun kat sini, kena marah kat sini, macam macam laa... pehh siyes rindu... banyak memori kat sini sebab ni lah tempat utama ktorang... ingat lagi, setiap kali nak makan mesti kena makan lelaju sepantas leopard lari sebab rasa macam ada kereta kebal yg tengah jalan laju tak sabar nak lenyek ktorang... haa amekaw... over sangatt.. hahaha.. btw, buat bendera "kompeni" pun kat sini... bendera ni ialah asset penting dalam sebuah "kompeni", so kena jaga baik baik..


sebab aku "kompeni" BRAVO, so aku tunjuk bendera bravo je laa... hekhek.. maap ye kengkawan sekalian... tapi utk berlaku adil sikit, gambar bendera lain aku "taruk" kecik je ye.. huahua

ALPHA
DELTA
CHARLIE

tapi takde gambar dorm... sedihnya.. masa kat plkn dulu, aku pakai handphone cikai je, so tak dapat amik gambar.. just boleh bluetooth dari handphone orang je.. kat group pun seems takde gambar dorm..  



haa ini lah muka cikgu cikgu ktorang.. err cikgu kawad.. tak ingat lah panggil apa... short term memory, hikhik.. btw, garang wooo.... tapi sempoii... ajar kawad memang garang tapi waktu lain dorang sporting.. kat sini lah tempat ktorang berkawad atau PT pagi (senaman pagi).. kat sini jugak ktorang ber"poco-poco" masa petang.. seronok sangat sebab cikgu cikgu ni semua join and lagu stacy pun dibuat poco poco.. geli hati je nak ikut tarian dorang ni.. haha.. ahhh rindu tahap tiga ratus enam puluh darjah !!!


siyesly, aku memang paling TAK SUKA kawad.... tapi...... aku suka kawad masa plkn je... seronok sebab dilatih dengan disiplin, semuanya nampak perfect from top to toe... barisan teratur, seragam, bersemangat.... ahh tak tahu nak cakap macam mana lagi... yg pasti memang seronok sangat berkawad masa plkn walaupun muka jadi itam... erghhh itu memang aku tak suka... tapi demi kawad, aku sanggup.... cehh cehh.... hikhik


Tak taulah kem mana punya gambar ni.. aku main curik je.. haha

rempuh halangan.... paling aku tak suka masa kena buat monkey rack sebab kat bawah dia ada kolam... cisss sudah ku duga, aku akan jatuh ke dalam kolam itu... habis boot masuk air... tak suka tak suka.. yg paling takut pulak masa flying fox, bila dah naik atas, memang seram sangat, aku cakap lah yg aku takut pastu dia bagi arahan semua then dia tolak aku.. ciss bedebah.. hahaha.. mula mula rasa takut macam terjun bangunan klcc je tapi tetibe ada burung datang bawak aku fly fly fly away.... awesome laa. *muka teruja dgn senyuman gigi arnab ditayangkan*..

kalau nak cerita semua memang tak kan cukup and puas... plus, like what i said, gambar takde... so, ini lah membe2 aku... ktorang satu "kompeni", satu meja, satu dorm, satu team, satu jiwa, satu impian, susah dan senang kita bersama tapi itu semua hanya sementara....... *promote lagu perpisahan ini*...



masa 1st time tengok gambar ni setelah ditag, i was like "hoiii, itu aku ke? asal muka aku macam tu??" -.-'

aku tahu muka aku hitam, jangan cakap apa apa...... *aku still tak percaya itu aku* 

Ade orang cakap muka aku nampak macam berisi, hoiii gila tak berisi, makan sehari 6 kali..... lemak lemak...


Yg nampak gigi sikit tu (hehe), budak sekolah aku, so dari mula datang kem memang aku dah ada kawan.. takde lah sensorang sangat... hikhik.. sebelah tu geng aku jugak laa.. ^_^

fuhhh~ cukup lah ni... aku dah tak sanggup lagi sebab makin banyak aku cerita, makin membuak buak rasa rindu ni.... kalau masa boleh putar balik, aku nak bawak handphone ayah aku sebab nak amik gambar banyak banyak... hekhek... ramai orang tak nak pergi plkn, and ramai jugak sebenarnya yg tak nak balik dari plkn... tak percaya? tanyalah sapa sapa yg pernah pergi.. at least kalau dorang cakap tak nak pergi plkn lagi, dalam hati mesti ada terselit rasa rindu masa dengan kawan kawan kat plkn tu... seronok sangat, banyak kenangan and banyak benda yg dipelajari... that's the best memories ever in my life setakat ni...

Malaysia Blogger's Giveaway

Assalamualaikum....

rasanya giveaway ni macam... lain macam sikit laa.. maybe sebab aku baru nak start aktif berblogging, and baru nak join mana mana contest, segmen or giveaway.. so, baru first time aku jumpa giveaway yg ada syarat "warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia sahaja".. then, baru aku terfikir dalam group blogger kat fb tu memang ada macam macam kaum, bangsa, negara, etc... ohh maybe sebab tu lah giveaway ni came out dengan syarat macam tu... macam best je, macam best je.. jom join, jom join.. ^_^  kalau nak lagi details, click banner ok..



Syarat-Syarat Penyertaan :

  1. Warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia sahaja .

  2. Mempunyai blog dan facebook .

  3. Follow blog , Instagram dan like Fanpage sponsor .

  4. Buat entry yang bertajuk " Malaysia Blogger's Giveaway "

  5. Copy code dibawah dan paste di ruangan HTML entry.

  6. Hantar url penyertaan hanya di comment entry ini sahaja. Lain lain tidak diterima.

  7. Tarikh tutup : 10 Disember 2013
  8. Syarat daripada sponsor :

    Like Fanpage 























    Follow Instagram *abaikan jika tiada 

    Instagram Instagram Instagram Instagram  Instagram Instagram Instagram Instagram  Instagram Instagram

     Follow Blog 


    Share,click dan Like Di Facebook :

    1. Share page Stylez Store House di wall fb anda .





    2. Budak sekolah dan Cinta

      Assalamualaikum...

      Lately ni aku bukak twitter kejap kejap je.. pasal apa? pasal makin ramai yg tweet pasal cinta.. tweet yg sama je, agaknya dorang ni main copy paste kot... dah tu pulak tweet cinta tu semua datang dari budak sekolah.. daebak ! jenis aku ni, bila orang follow, aku akan follow back.. bila sorang "tweetpemes" follow aku, haa nanti datang laa bala tentera dia yg sama hot macam dia duk follow aku jugak.. aku pun follow je la balik tapi bosan jugak kalau bukak twitter asyik baca pasal cinta je, ayat yg sama je, macam copy je, lagak macam dr cinta je... bila bukak profile..... "SPM batch 2013", "PMR candidate", bla bla blaa.... adehhh... 

      Bila saya dah mula sayang awk.Saya akn trima seadanya awk. Saya akn cuba jdi yg trbaik utk awk. Tak peduli apa org kata. Asalkan kita bahgia
      Maafkan saya kerana selalu merindui awak, maafkan saya kerana tak boleh menjauh dari awak, maafkan saya kerana terlalu mencintai awak
      Awak jadi keeper,saya jadi p'ngambil sepakan bola penalti . Hati saya jadi bolanya . Kalau awk sayangkan saya , tangkap hati nie dgn selamat
      cikgu bm ajar kau buat karangan yg bagus, kau sibuk buat ayat suruh orang tangkap hati kau... cehh..

       Dedulu masa aku sekolah, pernah laa jugak ada boyfriend tapi takde laa sampai sedemikian rupa.. budak sekolah lagi kot, baju pun belum tentu basuh sendiri, dah pandai cinta cinta.. aku dulu pun memain je, takde nya ayat2 bunga jiwang karat macam tu nak keluar dari mulut or kepala hotakk aku ni.. laka laka laa... haha

      Lain pulak kesnya yg bergaduh pasal rebut bf/gf... tu lagi kelakar doe.. hahaha... kat facebook, twitter, instagram, wechat, semua tempat nak gaduh.. asal boleh je, siap guna bahasa kasar + lucah lagi... alahaiii.... nampak sangat tak matang... aku tahu sekarang ni kat sekolah macam macam sistem yg ditukar tapi.... takkan lah subjek sivik dah takde pulak kan?? 

      adik adik, sementara masih ada peluang tu, belajar lah elok elok.. nanti dah besar, nak menyesal tak guna.. kalau nak jugak ada bf/gf, tu hal korang laa tapi jangan laa sampai bergaduh, bermusuh, tak belajar.. rugi rugi.... akak ni yg dulunya malas nak belajar pun dah rasa menyesal sikit.. hewhew~

      Friday, November 8, 2013

      Segmen Klik Iklan

      Assalamualaikum...

      Actually, tak tahu ape benda yg nak ditaip ni sebab mata dah mintak didodoikan, bantal busuk memanggil manggil, mimpi indah dah tak sabar nak jumpa aku.. ohh please.... ok dah.. majority blog mesti ada iklan kan, and mesti tuan punya blog berharap ada orang akan klik iklan tu.. so, nak bagitahu ada blogger ni murah hati nak tolong klik iklan iklan tu semua.. baik kan? semoga owner segmen ni dimurahkan rezeki and semoga dapat cpuv lagi.. :)

      Mohon di "ketik" banner di atas kalau nak join segmen ni ye... ok nak tido nak tido... daa~ 

      I gotta be strong, just keep pushing on

      Assalamualaikum....

      Actually i've an intention nak cerita pasal result lepas ianya keluar hari tu.. but suddenly after i've got the result niat tu TERpadam.. well, it was a little bit frustrated even though i'm still in a dean list.....
      tiada niat nak menunjuk.. sometimes, bila orang tanya pointer kita berapa, then kita jawab 3.67 "je"... bukan sebab tak bersyukur but apa yg kita dapat tu tak mencapai apa yg kita target.. memang.. memang disebabkan usaha kita yg kurang then kita sendiri yg kecewa.. Alhamdulillah, for the forth time, slip result aku masih ada tulis "AD (dean list)"... Alhamdulillah...... tapi part of my heart saying "ini je yg kau dapat?", "kenapa sikit sangat?", "haritu cakap nak dapat lagi tinggi.", "macam ni ke nak dapat kerja tinggi?", "kau memang tak boleh buat", "level kau sampai tahap ni je ke?", bla bla bla..... kecewa, sedih, bersyukur, happy, lega, semua perasaan muncul dalam satu masa..


      aku bukan dilahirkan terus jadi genius, tak belajar, tak payah pergi kelas, tak buat revision tapi still boleh dapat result cemerlang, gemilang, terbilang... NO ! i'm not that kind of person.. aku pun still kena belajar and usaha lebih kalau nak dapat best result.. 

      orang yg ada sangkut, "next time aku nak pass semua paper.." 
      orang yg dapat 2.0++, "next time aku nak dapatkan 3.0"..
      orang yg dapat 3.0, "next time aku nak dapatkan 3.5"...
      orang yg dapat 3.5, "next time nak dapatkan 4.0"..

      ohh goshh seriously 4.0?? no, i know that i'll never reach it.. hm hm.. bila kita dapat high score, kita mesti happy, seronok, bangga nak bagitahu family semua.. but once kita dah berada kat tangga atas, sikit lagi nak sampai puncak, sikit lagi nak menuju kejayaan, sikit lagi nak jadi bos, takkan kita nak turun balik? takkan kita nak patah balik? bila kita dah dapat pointer tinggi, takkan kita nak biarkan dia jatuh?.... soalan tulah yg sentiasa berlegar legar dalam kepala hotakk aku tiap kali nak exam.. kenapa pointer kau sikit? sebab soalan exam tu susah.. kenapa kau cakap soalan exam tu susah? sebab subjek tu memang susah.. tahu pun susah, so u've to put an effort to make it easy then, right? mana usahanya? no answer.... -.-'

      kita semua ada impian.. kita nak capai impian tu.. tapi nak capai guna apa? doa, usaha.. kalau doa banyak tapi usaha takde tak boleh jugak.. kita jatuh, tak bermakna kita kalah.. biarlah orang nak cakap kita makin teruk ke, makin bengap ke, suka hati dorang laa.. yg penting kita usaha kejar balik impian tu.. ignore all those bad mouths.. "yes, i may not be the number one, but what truly satisfies me is when i reach my own aims without thinking of others perceptions".. telah ku sumbat2 ayat tu dalam hati ni... anda bagaimana? :)

      Jom layan lagu ni.. My favourite song..


      Next sem aku akan digelar final year accounting student.. seriously, bangga beb dapat gelaran macam tu tapi tanggungjawab yg nak dipikul tu, mak aihh tak dapat aku bayangkan... In Sha Allah, aku akan naikkan balik pointer yg turun banyak gara gara sem 3 dedulu tu.... Semoga aku, classmates, all accounting students, and all students berjaya naikkan pointer untuk sem 5 nanti or sem sem yg lain and yg penting sekali berjaya kurangkan sakit M which means MALAS... amin.... good luck ! ^_^