Monday, November 11, 2013

#throwback masa PLKN

Assalamualaikum....

Di malam yg dingin, sejuk, sunyi, sepi ini daku terkenangkan desa permai.... lagu raya pulak keluar... huu~ actually, tetibe malam ni aku rasa rindu masa plkn dedulu tu... rindu yg amat, sangat, terlalu, rindu...... kenapa ek? terus aku cari gambar2 masa plkn tu tapi sayangnya dah takde... lupa yg laptop aku pernah kena format tanpa sempat simpan gambar bagai... sedih but luckily, ktorang ada buat group plkn kat fb..


Kem Khidmat Negara Putra-Putri, Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.
here we go !! 

 

jom jom kita bertolak ! ahaaa... ini lah bas yg aku and membe2 plkn yg lain naik masa hari keberangkatan ktorang ke Kem Put Put (nama glamour, kau hade?).. bas ni disediakan khas untuk ktorang.. mana mana nak pergi naik bas ni je lah sampai pergi jumpa Dr. Mahathir pun ktorang naik bas ni tauu.. hahh special kan.. aku sebenarnya bangga beb naik bas ni, biar semua orang tahu aku ni pelatih plkn, pehh bangga gilerr kot.. tapi tak tahu lah kalau aku sorang je yg rasa bangga macam tu.. muehehe


ni pulak dewan ktorang.. tempat makan kat sini, kekadang bila hujan, berbaris kat sini, buat indoor activities antara "kompeni" pun kat sini, kena marah kat sini, macam macam laa... pehh siyes rindu... banyak memori kat sini sebab ni lah tempat utama ktorang... ingat lagi, setiap kali nak makan mesti kena makan lelaju sepantas leopard lari sebab rasa macam ada kereta kebal yg tengah jalan laju tak sabar nak lenyek ktorang... haa amekaw... over sangatt.. hahaha.. btw, buat bendera "kompeni" pun kat sini... bendera ni ialah asset penting dalam sebuah "kompeni", so kena jaga baik baik..


sebab aku "kompeni" BRAVO, so aku tunjuk bendera bravo je laa... hekhek.. maap ye kengkawan sekalian... tapi utk berlaku adil sikit, gambar bendera lain aku "taruk" kecik je ye.. huahua

ALPHA
DELTA
CHARLIE

tapi takde gambar dorm... sedihnya.. masa kat plkn dulu, aku pakai handphone cikai je, so tak dapat amik gambar.. just boleh bluetooth dari handphone orang je.. kat group pun seems takde gambar dorm..  



haa ini lah muka cikgu cikgu ktorang.. err cikgu kawad.. tak ingat lah panggil apa... short term memory, hikhik.. btw, garang wooo.... tapi sempoii... ajar kawad memang garang tapi waktu lain dorang sporting.. kat sini lah tempat ktorang berkawad atau PT pagi (senaman pagi).. kat sini jugak ktorang ber"poco-poco" masa petang.. seronok sangat sebab cikgu cikgu ni semua join and lagu stacy pun dibuat poco poco.. geli hati je nak ikut tarian dorang ni.. haha.. ahhh rindu tahap tiga ratus enam puluh darjah !!!


siyesly, aku memang paling TAK SUKA kawad.... tapi...... aku suka kawad masa plkn je... seronok sebab dilatih dengan disiplin, semuanya nampak perfect from top to toe... barisan teratur, seragam, bersemangat.... ahh tak tahu nak cakap macam mana lagi... yg pasti memang seronok sangat berkawad masa plkn walaupun muka jadi itam... erghhh itu memang aku tak suka... tapi demi kawad, aku sanggup.... cehh cehh.... hikhik


Tak taulah kem mana punya gambar ni.. aku main curik je.. haha

rempuh halangan.... paling aku tak suka masa kena buat monkey rack sebab kat bawah dia ada kolam... cisss sudah ku duga, aku akan jatuh ke dalam kolam itu... habis boot masuk air... tak suka tak suka.. yg paling takut pulak masa flying fox, bila dah naik atas, memang seram sangat, aku cakap lah yg aku takut pastu dia bagi arahan semua then dia tolak aku.. ciss bedebah.. hahaha.. mula mula rasa takut macam terjun bangunan klcc je tapi tetibe ada burung datang bawak aku fly fly fly away.... awesome laa. *muka teruja dgn senyuman gigi arnab ditayangkan*..

kalau nak cerita semua memang tak kan cukup and puas... plus, like what i said, gambar takde... so, ini lah membe2 aku... ktorang satu "kompeni", satu meja, satu dorm, satu team, satu jiwa, satu impian, susah dan senang kita bersama tapi itu semua hanya sementara....... *promote lagu perpisahan ini*...



masa 1st time tengok gambar ni setelah ditag, i was like "hoiii, itu aku ke? asal muka aku macam tu??" -.-'

aku tahu muka aku hitam, jangan cakap apa apa...... *aku still tak percaya itu aku* 

Ade orang cakap muka aku nampak macam berisi, hoiii gila tak berisi, makan sehari 6 kali..... lemak lemak...


Yg nampak gigi sikit tu (hehe), budak sekolah aku, so dari mula datang kem memang aku dah ada kawan.. takde lah sensorang sangat... hikhik.. sebelah tu geng aku jugak laa.. ^_^

fuhhh~ cukup lah ni... aku dah tak sanggup lagi sebab makin banyak aku cerita, makin membuak buak rasa rindu ni.... kalau masa boleh putar balik, aku nak bawak handphone ayah aku sebab nak amik gambar banyak banyak... hekhek... ramai orang tak nak pergi plkn, and ramai jugak sebenarnya yg tak nak balik dari plkn... tak percaya? tanyalah sapa sapa yg pernah pergi.. at least kalau dorang cakap tak nak pergi plkn lagi, dalam hati mesti ada terselit rasa rindu masa dengan kawan kawan kat plkn tu... seronok sangat, banyak kenangan and banyak benda yg dipelajari... that's the best memories ever in my life setakat ni...

No comments: