Thursday, August 13, 2015

Tanda-tanda anda belum move on

Assalamualaikum....

OMG gaisssssss! aku baru baca entry Nisa Kay yang latest tu pasal tanda tanda belum move on kat sini.. And gulpppp, TERASA! Hahaha nampak sangat belum move on. 

Jom tengok tanda tandanya...  

1. SEGALA BENDA BUAT KORANG TERINGAT KAT SI DIA
Biasalah dah nama pun bercinta, jalan sesama, makan sesama, gayut kat telepon setiap malam, share masalah and etc. So, bila dah putus, semua benda pun nak teringat kat si dia je. 

2. MELUAHKAN RASA MARAH DI LAMAN SOSIAL
Tak semestinya rasa marah je, paling tak pun korang post something yang menunjukkan korang tu kecewa, sedih, rindu and etc.


3. OVERCOMPENSATING !
Well, korang akan tunjukkan yang korang boleh hidup lagi bagus walaupun baru putus cinta. Tapi aku peghati jugak, normally perempuan lah kan, dorang jadi lebih cantik lepas dorang putus cinta. Tak tahu motif sebenar nak cantik tu untuk apa. Haha. Kalau lelaki pulak, makin bergaya tak pun makin kaya. "Haaa menyesal tak kau tinggalkan aku?" Hahah


4. TIDAK BERMINAT DENGAN LELAKI LAIN
Yelah dah nama pun belum move on, mestilah tak berminat dengan orang lain. Kalau hati tu dah start suka lelaki/perempuan lain, dah sah sah lah korang tu dah move on. Takyah duk sibuk baca tanda tanda belum move on lagi. Haha


5. MEMBANDINGKAN ORANG LAIN DENGAN SI DIA
Ni biasa lah kot. Siapa siapa yang masih ada perasaan kat ex dia pun akan buat benda ni especially bila mula berkenalan dengan orang baru. Maybe sebab korang dah biasa dengan sikap and personaliti ex korang tu. 


6. TIBA TIBA KORANG PAKAR MENYIASAT KALAH CSI
Well well well.. Siapa yang tak pernah stalk ex korang? Tipu lah tak pernah. Walaupun dah unfriend, unfollow, delete semua tapi korang still ingat nama ex korang kat laman sosial kan. Mulut kata tak nak stalk, hati kata alaa tengok kejap je, nak tengok dia dah ada bf/gf baru ke belum, ada status sedih/rindu ke tak.. Kan? come on gaiss,  kalau hati kata lain, mulut kata lain, boleh kena kanser tau! Hahahaha ok tak kelakar..


7. TAK MAMPU NAK MELEPASKAN KENANGAN SEMASA PERHUBUNGAN
Siapa lah yang boleh lupa kenangan, walaupun dah takde apa apa barang yang disimpan sebagai kenangan tapi dalam kepala hotakkk korang tu mesti ada terselit 1001 kenangan kan? So pergilah cari kenangan baru banyak2 biar kenangan lama tu hilang sikit demi sikit... *hashtag sis cuba


8. BERTEMU DENGAN SI DIA MASIH BUAT KORANG BERDEBAR
Kalau belum move on, mestilah ada rasa rindu and disebabkan rindu tulah bila nampak muka si dia je korang macam speechless. Tak tahu nak senyum ke nak sedih ke nak tegur ke nak blaa. Haaa


9. MASIH BERFANTASI UNTUK HIDUP BERSAMA 
Ni tandanya korang masih menaruh harapan. Berharap semoga korang get back and mulakan hidup baru dan korang pun mulalah berangan sebelum tidur seolah olah dunia ni hanya ada korang berdua je. Memang parah. Berdoalah mintak Allah jauhkan semua perasaan yang ada tu sekiranya  si dia memang bukan jodoh korang. Takut nanti terbawak bawak dunia fantasi tu ke realiti, macam2 pulak yang jadi nanti. 


p/s: takde niat nak tiru idea entry orang, just nak share something yang aku sendiri mengalaminya... tapi tak semua point tu ada pada aku ok. Heee~ btw, Allah dah tentukan siapa yang terbaik untuk kita, so belajarlah untuk melepaskan..... *reminder untuk diri sendiri jugak. 

credit : Nisa Kay

No comments: