Wednesday, November 6, 2013

Segmen Listing Your Url Blog

Assalamualaikum...

Bosan..
Geram..
Sakit hati..
Panas hati..

sebab apa?

Punya lah excited tunggu next episode cerita Heirs dari haritu, pastu bila dah keluar, nak download, line lambatttttttt sangatttttt macam..... macam siput lagi laju..... huh such a slow poke.. -.-'

So, dalam ke"boring"an yg melanda ni, blogwalking je la ke sana sini, comment sana sini, "jerit" sana sini...
dan... terjumpalah segmen ni...

Jom kita memeriahkan lagi segmen ni.. click banner kat atas ni,ok..


Tuesday, November 5, 2013

Segmen Blogwalking Aku Ain Kau Siapa

Assalamualaikum...

Based on apa yg aku baca, tuan segmen ni baru 1st time buat segmen macam ni.. jom kita support dia.. join segmen ni ramai ramai.. satu hari nanti giliran aku pulak... :)


CLICK BANNER !

Boleh dapat kenalan baru.. Kalau nak tahu syarat syarat dia, click banner di atas ni ye.. Jom Jom kita serbu blog dia.. :)


Penjagaan Contact Lens

Assalamualaikum....

pakai contact lens warna brown.. *amek gambar kat fb, senang segala urusan.. :)

Ramai cakap pakai contact lens bahaya lah, buat mata rosak lah, bla bla bla... aku salah seorang yg sangat suka pakai contact lens and selalu merayap ke kedai cermin mata with my friend untuk survey contact lens.. ada orang cakap pakai contact lens boleh kurangkan power.. so, untuk memastikan kesahihannya, aku buat lah research (cehh macam good good je) pasal rabun jauh memandangkan contact lens biasa dipakai oleh orang2 yg ada masalah rabun jauh.. 

Rabun jauh biasanya terjadi sewaktu kita sedang meningkat usia.. pembesaran atau peninggian tubuh badan menyebabkan bebola mata menjadi panjang.. so, bila eyeball panjang dari yg asal, kedudukan retina akan berubah mengikut saiz eyeball.. then, images or lights yg masuk dalam mata focused in front of retina.. 

Untuk menjawab soalan tadi, betul ke tak contact lens boleh kurangkan rabun.. actually, betul tapi just sekejap je.. maybe contact lens yg kita pakai tu meratakan sikit kornea yg dah berubah disebabkan pembesaran tadi and power mata kita jadi berkurang.. sebab images or lights yg masuk dalam mata fokus betul betul kat retina.. tapi ianya tak lama.. bila kornea mata kita tu balik pada yg asal means sebelum kita pakai contact lens, power kita akan sama macam biasa.. ok..

collection aku setakat ni.. aku suka pakai untuk 3 bulan punya.. and pakai solution re-nu.. yg hello kitty tu bekas contact lens, saje nak tunjuk2.. haha...

Tips menjaga contact lens :
  1. Pastikan masa nak pakai and bukak contact lens, tangan mesti bersih..
  2. Rajin basuh contact lens, kalau boleh lepas pakai terus basuh.. tapi kalau malas or penat sangat, at least dua hari sekali (jangan amalkan).. jangan pakai air biasa..
  3. Beli solutions yg multipurpose means boleh guna untuk cuci and simpan contact lens.. senang sikit..
  4. Basuh bekas contact lens supaya sentiasa bersih, jangan pakai air biasa.
  5. Jangan pakai masa tidur ! Amaran keras !
  6. Elakkan duduk lama lama dekat tempat yg ada "air cond" sebab nanti contact lens cepat kering.. kalau nak jugak duduk kat "air cond" tu, make sure ada eye drop khas utk contact lens..
  7. Jangan suka gosok or tenyeh mata sebab takut contact lens calar or koyak.
  8. Jangan menangis bila dah pakai contact lens. (baru tahu)
Kalau rasa mata macam gatal, pedih or merah merah masa pakai contact lens tu, bukak je laa.. jangan nak rosakkan mata dibiarkan je macam tu.. one more thing, mohon jangan pakai contact lens yg dah expired ! 

p/s : pada siapa yg mata sihat tu, jagalah baik baik ye.. :)

Candy Crush Saga Tips


Assalamualaikum..

Anda pengguna facebook?
Anda suka main game?
Anda suka main Candy Crush Saga?

Tahukah anda???

Pencipta game candy crush saga, King mempunyai revenue lebih kurang $650000 dalam masa satu hari.. pehh hanya mampu telan air liur je aku.. Actually, King ni ada banyak lagi games popular yg dia buat.. kalau korang perasan, banyak game yg ada "saga" belakang nya tu and bila bukak mesti ada tulis "King".. contohnya, pet rescue saga, bubble witch saga, etc.. haa games tu semua bawah satu company.. in June 2013, purata bagi 92 million active users yg main games dia ni lebih dari 1 billion kali sehari.. aku yg sorang ni pun tak terkira berapa kali aku bukak game candy crush tu sehari, entah berapa banyak lah yang aku dah sumbang kat King..


Saja nak bagitahu, aku baru level 147.. hukhuk.. rasa macam level tu senang tapi tak paham kenapa aku lama sangat sangkut kat level tu.. ngee~ -.-'  

bosan stuck lama lama tak lepas lepas? then nak kena tunggu masa 30 minit untuk 1 nyawa?? nak tahu cara tak payah tunggu lama? nak tahu rahsia beli boost dengan free? click here

tapi tu kena guna duit sikit lahh.. ada cara yg paling murah, free je, tapi kira main tipu lahh iaitu cepatkan masa.. alahh main game budak2 je pun, takde effect pun kalau main tipu.. hahaha.. caranya senang je, bila nyawa korang dah habis, korang set lah time 2 or 3 hours cepat or set date sehari cepat.. then, siapa yg pasang notification tu, korang akan dapat notification yg nyawa dah penuh.. bukak game tu untuk pastikan nyawa dah penuh then tutup and set balik time or date tu pada yg asal.. pastu dah boleh main macam biasa.. buat lah setiap kali nyawa dah habis, tak payah tunggu lama lama.. tapi kena make sure set balik time or date pada yg asal sebelum start main.. kalau tak, masa dia akan lagi lama daripada 30 minit tu untuk satu nyawa.. tactic ni untuk yg main guna handphone.. kalau guna laptop or pc, instead of tutup game, maybe korang just kena reload je page tu.. so far, aku tak pernah main tipu guna laptop lagi.. hikhik.. Good Luck ! ^_^


Monday, November 4, 2013

Hyperhidrosis Part II

Assalamualaikum..

Balik pada topik sebelum ni iaitu Hyperhidrosis.. Contoh dalam entry lepas pasal tangan.. kali ni, pasal badan dan kaki.. 

Alia merupakan seorang yang suka berpakaian gelap.. bagi Alia, pakaian yg gelap boleh cover baju yg basah disebabkan peluh.. Alia tidak suka keadaan yg panas walaupun sekejap dan sedikit.. bagi orang yg normal, mereka merasa panas tapi peluh masih boleh dikawal.. tapi tidak bagi Alia.. peluh pasti akan keluar dengan banyak dalam keadaan panas yg agak lama dan kurang sedikit jika keadaan panas itu tidak lama.. lebih lebih lagi jika yg berpeluh itu dibahagian ketiak.. Alia seorang perempuan, sangat memalukan bila orang nampak baju basah setompok di bahagian ketiak.. Deodorant tidak berkesan untuk Alia, jika dipakai banyak mana sekalipun, peluh itu tetap akan keluar.. sebagai langkah berjaga jaga supaya peluh yg kelihatan tidak keterlaluan, Alia akan memakai baju tambahan di dalam atau di luar..

Selain itu, kaki yg berpeluh membuatkan Alia tak selesa.. dia akan memastikan stoking yg digunakan dibasuh dengan kerap.. begitu juga kasut terutamanya kasut yg bertutup, atau sandal, peluh yg keluar kadang kala meninggalkan kotoran hitam yg kelihatan seperti daki dan mengeluarkan bau yg busuk.. Alia akan sentiasa membasuh kaki dan kasutnya untuk mengelakkan bau yg busuk dan supaya sentiasa bersih..

p/s : life penghidap Hyperhidrosis nampak macam normal. in fact, dorang kena sentiasa teliti dalam setiap perbuatan, pemakaian, dan juga pemakanan untuk tampil seperti insan normal yg lain.

Neighbour's wedding

Assalamualaikum.. 

 Baru-baru ni ada jiran aku kahwin.. so, macam biasalah, bila jiran buat event apa apa mesti akan ada rewang.. aku ni memang tak suka pergi rewang.. bukan malas nak tolong ke apa.. tapi bila dah berkumpul ramai ramai dengan makcik makcik semua, mesti akan ada ayat sentap, xxx, menguji kesabaran, etc.. so, sebagai langkah berjaga-jaga, aku buat keputusan untuk pergi masa malam berinai and hari bersanding je.. biarlah parents aku yg tolong.. lagipun macam dah ramai sangat je.. haha 


 Ni lah pasangan pengantinnya.. dengar cerita, dorang ni dah berkawan since sekolah rendah lagi.. yg pengantin perempuan(jiran) tu, bakal lawyer, sekarang ni tengah training.. ayah pengantin perempuan pernah cakap kat pengantin lelaki, kalau nak kawan dengan anak dia, kena sambung belajar dulu.. so, untuk membuktikan kesetiaan and keikhlasan dia tu, dia pergi lah sambung belajar.. macam sweet je, macam comel je.. ^_^ tapi tak tahu lah belajar dekat mana... 


 So inilah dia pelamin nya... seriously, walaupun takde lah gah macam artis2 punya pelamin tapi aku sangat suka pelamin ni.. simple tapi cantik.. niat di hati nak jugak lah bergambar kat pelamin tu tapi... tak kesampaian.... sobb sobb.. anyway, akhirnya aku dapat jugak jumpa bestfriend aku masa dulu dulu tapi sedih untuk kali kedua sebab tak sempat nak bergambar, dia dah nak balik.. :'( 

 Ohh, one more thing, aku baru je tengok video Fizo Omar lamar Mawar dlm pawagam tu.. ohh goshh, i'm dreaming aku yg ada kat tempat Mawar tu.. but well~ hanyalah mimpi semata mata... -.-' jom tengok !

 

Friday, November 1, 2013

Hyperhidrosis Part I

Assalamualaikum..

Mood nak bercerita dah sampai dah ni.. cerita yg telah direka berdasarkan kisah benar..

Setiap kali hendak ke sekolah, Alia akan memastikan fikirannya tenang dan tiada satu barang pun yang dipegang.. bagi dia biarlah semuanya disumbat ke dalam beg kerana memegang barang terlalu lama akan membuatkan tangan dia berpeluh.. kehidupan sebagai salah seorang penghidap Hyperhidrosis membuatkan dia sentiasa berusaha untuk bersikap matang dan tenang.. Alia tak boleh berada dalam keadaan cemas, kelam kabut, nervous, ketakutan, etc sebab ia akan membuatkan Alia berpeluh berlebihan walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin.. situasi ini akan membuatkan Alia tak selesa lebih lebih lagi apabila kerja yang dilakukan melibatkan kertas.. peluh yang berlebihan akan membuatkan kertas tu basah..

 "Argghhh stress aku macam ni, penat aku buat kemas kemas, last last comot jugak.. dalam bilik yang sejuk macam ni pun peluh ni nak keluar, isyhh tak paham betul lah aku!".. Alia menggumpal kertas itu sambil tangannya yang basah dilapkan pada kertas itu.. 

situasi sebegini sering terjadi pada Alia tetapi sehingga ke hari ini, Alia masih belum boleh biasakan diri dengan keadaan itu.. Alia juga sentiasa cuba untuk mengelak dari bersalaman dengan sesiapa sahaja ketika tangannya sedang berpeluh tanpa sebab.. 

"eee tangan basah!", "kenapa tangan kau basah?", "tak nak salam, tangan kau basah", "tangan kau berpeluh ke?".. 

ayat seperti ini selalu ditujukan kepada Alia.. walaupun sudah lali tetapi dia pasti akan berkecil hati dan tersentap setiap kali ayat itu ditujukan kepada dia.. lagi sedih apabila dia melihat orang yang disalamnya itu mengesat tangannya pada baju atau tisu selepas bersalaman.. oleh itu, setiap kali hendak bersalaman, Alia pasti akan mengelap tangannya terlebih dahulu walaupun dia tahu ianya sia sia kerana peluh itu hanya berhenti tak sampai seminit dan akan keluar semula.. peluh yang keluar itu tidak boleh dijangka, juga tidak boleh ditangani.. Alia hanya mampu berusaha untuk mengelak daripada penyakitnya diketahui orang ramai.. 

p/s : takde orang yang minta dapat penyakit macam ni.. pada sesiapa yang normal, jangan lah merendahkan pesakit Hyperhidrosis ni, dorang pun nak hidup macam biasa, ada hati dan perasaan.. kita tak tahu apa yang dorang rasa melainkan kita sendiri yang lalui semua tu..